Highlight
Google
nav Home
 
Random Images

 
Selamat Datang Ke Autoshift.Net

autoshift.net  adalah website yang didedikasi khas untuk para pengguna skuter dan penungang motorsikal secara umumnya ,untuk mendapatkan informasi  dari seluruh Malaysia dan dari luar negara.

Objektif  utama autoshift.net  ialah untuk mendapatkan  dan mengedarkan informasi berkaitan  skuter yang terdapat  dari  internet mahupun dari mana -mana sumber  luar.Laman ini mempunyai penyumbang informasi dari mereka yang suka berkongsi informasi dan pengalaman , dan memastikan website dan forum sentiasa di update. Walaupun ia percuma,penajaan dan pengiklanan yang mana dapat menampung kos untuk menjana website dan forum sangat - sangat lah di hargai .

Selain menyediakan rangkaian informasi disini , site ini menyediakan komuniti maya , dimana para user boleh berkongsi idea , menjual skuter dan aksesori , bertukar maklumat , menyebarkan berita dan acara skuter , dan membantu antara satu sama yang lain melalui ruangan perbincangan di forum.

Dalam memastikan anda menggunakan semua fungsi di website ini , adalah sangat disyorkan agar anda mendaftar sebagai ahli autoshift.net  untuk membolehkan ahli menghantar maklumat, menggunakan ruangan perbincangan  ,  dan memastikan anda sentiasa  peka dengan  sebarang  berita , maklumat , dan notis makluman tentang sebarang perubahan terhadap autoshift.net
Adalah menjadi harapan kami agar kita dapat memperoleh manfaat dari penubuhan komuniti ini bersama-sama sekaligus dapat bersama-sama memartabatkan lagi persada skuter tanah air. Dan demi merealisasikan harapan ini, segala sumbangan informasi dari segi aktiviti, berita, laporan dan sebagainya daripada anda kepada kami di sini adalah amat dihargai. Segala bahan-bahan informasi serta komen bolehlah dikongsi bersama dengan menghantarnya ke admin@autoshift.net


PSK 07
Written by Administrator   
Saturday, 15 December 2007
Image
Last Updated ( Saturday, 19 April 2008 )
 
Selamat Tahun baru Autoshift.net
Written by Administrator   
Tuesday, 16 October 2007
 Image
Salam sejahtera pengguna Autoshift.net sekalian.

Bulan oktober genap lah setahun Autoshift.net. Dengan jumlah pengguna berdaftar hampir 1000 orang, ianya satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengguna Autoshift yang selama ini banyak memberi sumbangan dalam dunia skuter diinternet khasnya. Kami juga akan sentiasa menjadikan laman web ini yang terbaik untuk semua!

Kesempatan ini juga diambil untuk mengemaskini semula struktur laman web kami termasuk forum dan fungsi2 lain.

Antara perubahan yg dilakukan;
1: Interface laman web, forum,galeri, shoutbox dan lain2 lg.
2: Susunan topik dalam forum telah diperkemas.
3: Struktur forum telah dikemaskini. untuk maklumat lanjut klik sini
4: 'Rules & regulation ' juga telah dikemaskini.
5: Penggunaan mobik daripada Autoshift.net telah dimansuhkan.


sekiranya terdapat sebarang masalah atau 'bugs', sila hubungi mana-mana admin.
Last Updated ( Tuesday, 16 October 2007 )
 
Autoshift T-Shirt
Written by vpower   
Thursday, 02 August 2007
 
Dapatkan T-Shirt Autoshift .net Sekarang !!  
 
 
Maklumat Lanjut : KLIK DISINI  
 
Last Updated ( Saturday, 19 April 2008 )
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 13 of 15

Ingin hantar sebarang berita atau artikel? sila emailkan berita atau artikel anda ke admin

 


Popular
Mari Mengundi
From where did you hear us?
 
 
Got space?
 
Book this Space at Kumomo.com
Page Rank Icon

     

© 2007  Autoshift.Net - Malaysian Scooter Community