Help - Search - Members - Calendar
Full Version: 10 TABIAT ROSAKKAN OTAK
Autoshift.net Forums > Lifestyle > Kopitiam
unsoul
1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Al Anbiyaa' ayat 105 Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". Nurkilan : Muhammad Nazir
fArAh07
seb bek x wat
lalala
tuN_teJa
time kaseh pd tuan tanah ats nasehat yg berguna ini..

rsnye cm x tsenarai lam list kt ats kowtt...

cume kadang2 je tlebih tdo tp salunye kureng tdo...bese ler jiwe remaja...hoho~
T i Q
startle.gif patut le otak aku lembap jer rasp.gif
coolnest
no. 2 berlaku pada bulan ramdhan ketika berbuka puasa...

no. 6 berlaku klo alarm xbunyi...

no. 7 berlaku klo pintu bilik tertutup & aircond temperature plg minimum...
Lycosz
arghh... kalo di baca˛.. sy telah pun mengalami kerosakan otak....huuhuuhu
4. Kalo kuar mesti mau lepak... kalo lepak mesti mau minum˛.. kalo minum mesti yg manis˛.. pastu blah dr tmpt tuh... pastu lepak lagi kt tmpt lain... lepak lagi.. minum lagi....

6. Aduh... nie pun satu hal.... tido...dan tido....

8. tempt keje sy ssh nak cuti.. tuh ari.. time demam pun kene keje... doc pun satu... MC bkn nak bg.. bg ubat jek.. ~ampeh tool~

10. hehehe... rasenye la... pasal cm dh lembab jek....
unsoul
macam˛ gayanya
shadows666
QUOTE (T i Q @ Oct 7 2009, 09:55 AM) *
startle.gif patut le otak aku lembap jer rasp.gif


hang kalau tak buat suma tuh memag dah pentium 1 dah...haahaha
DeWA SCooter
ak slalu gak b.fast...hush kne mnx org blnje ni pagi2...
ferdaozitaly
thanx tuan tanah for sharing the good info..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.