Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Kenapa aku letih bekerja...
Autoshift.net Forums > Lifestyle > Kopitiam
unsoul
Kenapa aku letih bekerja...
Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.1..7 juta darinya sudah bersara.Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,Universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku....

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam
Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak

hehe
☆MR^tUPiE☆
cett..hampagas..utk org2 yg suke mengular nih..
rallychamp
*tp aku letih keje berlambak time claim kene rejek....siap laaaaa....abes opis hour aku xkan usik satu benda pun berkaitan keje... sleep.gif
samseng puchong
hampeh..... ade yg tak leh balik jap lagi nie sbb moto die kene solek tak berkunci~~~
maya007
ngular time xde keje nak wat...xpe kot... sweat.gif
MeLo
Owhh.... Patutlaa Aku Asyik Penat Bekerja... tongue.gif
zulkarj
Ermm mmg penat.. penat baca... adeiii... tak pasal2 masuk dlm statistik...
=:t a f e e 0:=
erkk letey?

yup mmg letey skmo2..kijaan haku sntiasa ader tiap2 ari kat opis..kdg2 bngun pd pagi ari trus tringt psl kije..tensen tol thumbsdown.gif

*tp wser2 lasum xder kene mngena ngn statistik neh kot..haha biggrin.gif
ifran
aku letih keje...keje dok main internet je....dari pagi 8.00 sampai 12.30mlm....1 hari x bukak...tak blh idup.. sweat.gif
tuN_teJa
demm... saye ada la seorang pekerja yg berdedikasi la...
unsoul
mahahaha
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.