determinism
Apr 24 2007, 10:38 PM
di kala pukul 10.30 malam yg hening ini
terpanggil ku untuk bertanya kepada anak bangsa Malaysia
setelah 50 tahun Malaysia, tanah tumpah darahku MERDEKA
adakah kita sudah cukup kenal kepada mereka2 yg telah banyak berjasa
untuk keharmonian dan pembangunan yg kita nikmati sekarang....
kenalkah anak-anak bangsa ku kepada Tokoh yg bernama Tun Dr Ismail Abdul Rahman
mungkin anda kenal Taman Tun Dr Ismail atau TTDI bersebelahan dgn One Utama atau OU atau OneU
tapi Tun Dr Ismail sebagai insan yg telah berjasa kepada Negara Tercinta Malaysia....
ANDA KENAL???
read the history to built a better future.....
place history as a path and lets future walk through it....
by; Copyright © 2007 Ryuu Inc
unknowndevices
May 9 2007, 09:52 AM
QUOTE (egGy @ Apr 24 2007, 11:07 PM)

Beliau merupakan salah seorang yg memainkan peranan penting dalam peristiwa 13 Mei 1969.
yups...asal orang Johor...jika tidak silap pernah memegang sebagai ADUN Johor Selatan...
Tun Abd.Razak,melantik beliau utk membantu dlm menyelesaikn peristiwa hitam tersebut...
beliau juga seorang yg rendah diri...di mana pernah bersama di dalam kabinet,kemudian menarik diri sehingga dipanggil semula oleh Tun Abd.Razak utk membantu berkhidmat utk negara...
beliau dan Tun Abd.Razak mempunyai pemikiran dan pandangan yg sama...jika terdapat perbezaan...
mereka akan berbincang sehingga mendapat kat putus yg sama dan mendapat persetujuaan yg sekata...
beliau sangat berpegang kuat pada kata-kata...sewaktu berlaku perusuhan,beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jika yg melanggar undang-undang itu sendiri adalah ibunya,beliau tidak akan teragak-agak utk mengambil tindakkn tanpa berlaku tidak adil pada rakyat...
orang terdahulu,menyifatkan tiada pengganti atau sehebat beliau sebagai Timbalan PM Malaysia sehingga sekarang...
jasa beliau amatlah besar utk negara...beliau meninggal sewaktu masih lg berkhidmat sebagai TPM
apa yg mampu negara buat hanya memberi penghormatan sewaktu pemergian beliau...
beliau dikebumikan di Masjid Negara...
ni di antara yg saya tahu...jika ader kesilapan harap diperbetulkan...
marilah kita kongsikan ilmu ni beramai-ramai...
PsychoSid
Jul 27 2007, 08:12 PM
hoh...
tokoh sejarah yang berkaitan...
datuk Abdulah Hukum...
Kuala Lumpur History..
hehe
determinism
Jul 29 2007, 05:18 PM
QUOTE (PsychoSid @ Jul 27 2007, 08:12 PM)

hoh...
tokoh sejarah yang berkaitan...
datuk Abdulah Hukum...
Kuala Lumpur History..
hehe
ayioo bro
org cite pasal Tun Dr Ismail
nak cite pada Datuk Abdullah Hukum
buka arr topic baru....
determinism
Aug 9 2007, 11:53 AM
TITAH
DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN
RAJA NAZRIN SHAH
Di MAJLIS PELANCARAN BUKU 'BUKAN KERANA PANGKAT: TUN
DR. ISMAIL DAN MASANYA'
TARIKH: 3 OGOS 2007 (JUMAAT); JAM: 10.05 PAGI,
TEMPAT: DEWAN KULIAH UTAMA, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR.
Assalamualaikum Warahmatuilahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Bismillahi Rahmani Rahim
Alhamdulillah, dengan penentuan dari ALLAH Subhanahu Wataala, Majlis Pelancaran Buku, 'Bukan Kerana Pangkat Tun Dr Ismail dan Masanya, dapat dilangsungkan pada pagi Jumaat penuh berkat ini. Beta bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan izin dari Nya juga, Beta bersama Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan dapat berangkat ke Majlis ini.
2. Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah pada 2 Ogos 1973, ketika baru mencecah usia 57 tahun, satu jangka hayat yang pendek, namun telah cukup untuk membolehkan namanya terpahat dalam sejarah negara. Dr. Ismail tidak memerlukan tempoh yang lama untuk memahat sejarah; Dr. Ismail - tidak memerlukan hikayat yang panjang untuk dikenali. Begitu berharga jasa - begitu bernilai khidmat Dr. Ismail kepada negara bangsanya. Karakter Dr. Ismail tepat di luar tepat di dalam, mudah dibaca - senang difahami. Lidahnya bertutur dalam bahasa yang sama meski berhadapan kumpulan yang berbeza. Apa yang dikata, tetap dikota.
3. Dr. Ismail dihormati, disegani, malah digeruni. Namanya, arahannya baik secara lisan mahupun tulisan, garau suaranya diganggang telefon, apatah lagi kehadirannya, memberikan satu gegaran. Kalimah-kalimah yang diungkapkan, baik dalam perbincangan tertutup mahupun dalam forum terbuka memperlihatkan prinsip yang tegas, minda terbuka, berhati cekal memancarkan keikhlasan dari roh yang tulus. Dr. Ismail lebih dari sekadar seorang pemimpin individu, malah merupakan satu institusi yang memperlihatkan teladan kepimpinan yang amat dihormati, disegani dan digeruni, walaupun frasa 'kepimpinan melalui teladan'masih belum dicipta; Dr. Ismail mengamalkan sifat-sifat bersih, cekap dan amanah mendahului era slogan tersebut diperkenalkan; Dr. Ismail memperlihatkan integriti tinggi meskipun negara belum memiliki Institut Integriti Nasional.
4. Ratusan amanat telah diucapkan sepanjang hayatnya. Di Majlis ini, Beta memilih untuk memetik ungkapan-ungkapan yang terkandung dalam dua dari ratusan ucapan yang pernah dilafazkan semasa hayatnya. Semasa menerima anugerah ljazah Kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia pada 9 Jun 1973, Dr. Ismail dalam ucapannya memperlihatkan sifat kemanusiaan yang tinggi, sifat rendah diri, sifat keinsafan dan sifat kesyukuran seorang hamba yang lemah lagi daif di sisi Tuhannya, melalui kata-kata berikut:
Quote,
'Sebagai seorang manusia biasa dan dengan perasaan terharu kerana kedaifan, tetapi penuh syukur, saya berdiri di hadapan saudara-saudara, pendeta-pendeta dan sarjana-sarjana dalam gedung ilmu pengetahuan yang bemama Universiti Sains Malaysia ini'
'...Saya berdiri di hadapan saudara-saudara bukan sebagai seorang pemimpin negara, bukan sebagai seorang politik, bukan sebagai seorang tokoh dalam masyarakat, tetapi hanya sebagai seorang hamba Allah di tengah-tengah orang yang berilmu, sebagai manusia yang telah lewat umur, tetapi telah banyak menjalani hidup yang penuh dengan kisah-kisah suka dan dukanya' Unquote
5. Ucapan di majlis Konvokesyen itu, dilafazkan 55 hari sebelum Dr. Ismail menghembuskan nafas terakhirnya, bagaikan satu peringatan diwasiatkan, dalam Majlis ilmu, di sebuah universiti, di hadapan hadirin yang majoritinya para mahasiswa, representasi generasi muda terpelajar. Dr. Ismail menekankan bahawa 'kepercayaan, keyakinan dan belief seseorang adalah penting dalam menentukan perkembangan politik, ekonomi dan sosial di negara ini. Ucapan tersebut memperlihatkan sikap Dr. Ismail sebagai seorang optimis, seorang yang memiliki keyakinan dan seorang yang mempamerkan sikap hidup positif. Bahawa kunci kejayaan seseorang bergantung pada sikap dan pada pandangan hidupnya; bahawa masa hadapan negara dan bangsa penuh dengan kegemilangan - penuh dengan harapan.
6. Dr. Ismail mengingatkan bahawa empayar dan dinasti yang besar dan gagah, timbul dan tenggelam, tetapi kemajuan manusia terus meningkat; bahawa dunia menghadapi peperangan dan dilanda malapetaka, namun peradaban manusia kesefuruhannya mencapai peringkat kemajuan yang semakin tinggi. Manusia diiktiraf sebagai 'innovator' yang bijak, cekap memberi tindak balas menghadapi sesuatu situasi, berasaskan kekuatan fikiran - bersandarkan naluri, yang diwarisi zaman berzaman.
7. Kata-kata negarawannya terungkap dalam pengakuan bahawa pemimpin dan rakyat sama-sama belajar dari masalah, sama-sama belajar da@ pengalaman. Bahawa tidak ada buku teks yang lengkap untuk mengajar manusia memimpin. Buku teks hanyalah satu panduan yang perfu diuji di peringkat pelaksanaan, ketika berhadapan situasi sebenar. Bahawa tidak terdapat jawapan standard kepada semua masalah, malah tidak juga ada masalah yang standard dalam hidup.
8. Dr. Ismail dikenali dengan semangat kebangsaan Melayu yang tuien, namun beliau tidak mengamalkan sifat rasis. Beliau tidak merestui amalan diskriminasi berasaskan kaum dan senantiasa mengingatkan bahawa masyarakat di negara ini bukanlah masyarakat yang regimented. Masyarakat Malaysia berulang kali ditegaskan sebagai masyarakat berbilang kaum dengan budaya dan resam masing-masing, dan pentingnya bagi negara mempunyai pemimpin yang menuju ke arah mencipta sebuah negara Malaysia yang bersatu padu dalam kepelbagaian tersebut.
9. Ucapan di Universiti Sains Malaysia itu diakhiri dengan ungkapan berikut:
Quote:
'I believe that Malaysians should exploit to the utmost the inherent qualities of her various racial components which enrinch the Malaysian society'
Unquote.
10. As I read about Tun Dr. Ismail, I realise more and more what an extraordinary person he was; a statesman, an inspirational leader and a visionary. Tun Dr. Ismail envisaged a Malaysia for all without color lines, without ethnic borders and without any one group feeling a sense of inferiority. He recognised the importance of open mindedness in addressing day to day issues and problems; the importance of listening and learning from others particularly from those who are more advanced.
11. He strongly believed in the principle of life-long learning, visiting other lands and adopting best practices without losing our core values and our identity as a nation. He was a great man with the interest of the nation at heart. He did more than what was required of him. He went beyond the call of duty - for his nation - for his people. He put his country above himself and served till the very last day of his life.
12.Tugas terakhir Dr. Ismail kepada negara bangsanya, disempurnakan lima jam sebelum menghembus nafas terakhir. Atas nama Pemangku Perdana Menteri, pada jam 5.00 petang, 2 Ogos 1973, di tapak bersejarah Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur, Tun Dr. Ismail melancarkan Perayaan Jubli Perak, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
13. Dalam ucapan di Majlis tersebut, Tun Dr. Ismail menegaskan pentingnya disedarkan ibu bapa dan pelajar-pelajar Melayu untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan setanding dengan pencapaian kaum-kaum lain serta selaras dengan kemodenan dan pembangunan yang sedang berlaku. Dalam amanat terakhir itu, Tun Dr. Ismail menzahirkan prinsip pegangan beliau yang mengiktiraf bahawa belia adalah satu 'force', satu tenaga yang kuat untuk membina negara ataupun sebaliknya untuk meruntuhkan negara. Amanat terakhir itu turut memperingatkan golongan belia untuk mendasarkan kegiatan mereka kepada program berorientasikan tindakan dan bukan sekadar pergerakan yang semata-mata beriandaskan isu dan retorik.
14. smail bin Abdul Rahman telah 34 tahun meninggalkan kita. Namun prinsip perjuangannya tidak harus dikebumikan bersama di makam pahlawan. Prinsip perjuangannya perlu terus dihidupkan, seruannya perfu terus digemakan, integritinya perlu terus disuntikkan kepada warga di negara ini terutama di kalangan generasi muda. Tuhan telah menetapkan bahawa amanat terakhir Dr. Ismail disampaikan bukan dalam majlis politik, tidak juga di majlis Kerajaan, tidak pula digedung perniagaan, tetapi dalam majlis anjuran sebuah persatuan pelajar bernama GPMS; amanat terakhir Dr. Ismail memperingatkan golongan muda dan golongan pelajar. Penghormatan terakhir kepada beliau adalah anugerah akademik, ijazah kehormat doktor falsafah, pengiktirafan yang diterimanya dari sebuah gedung ilmu dan amanatnya juga adalah kepada kumpulan ilmuwan dan kalangan pelajar.
15. Untuk itu, universiti dan para pelajar perlu mengambil iktibar bahawa Dr. Ismail disuratkan oleh ILAHI untuk menyampaikan amanat - meninggalkan wasiat melalui institusi ilmu dan kepada kalangan mahasiswa. Bahawa institusi ilmu, para sarjana dan para mahasiswa wajib terus menyalakan obor perjuangan suci negara bangsa; membangunkan angkatan warga berilmu, angkatan warga yang bersifat rasional lagi terbuka, angkatan warga yang berusaha membina perpaduan dalam kepelbagaian, angkatan warga yang memiliki prinsip yang teguh, angkatan warga yang memiliki integriti yang tinggi. Semangat dan prinsip perjuangan Dr. Ismail dari segi pengorbanan, komitmen, keberanian dan integriti harus disuntik di kalangan pelajar - harus dipelopori oleh para sarjana.
16. Negara kini di ambang menyambut ulang tahun kemerdekaan kali kelima puluh. Ulang tahun kemerdekaan ini disambut dalam suasana pemimpin dan warga dapat berbangga, berada dalam sebuah negara merdeka yang aman, makmur dan berjaya. Kejayaan yang telah dicapai perlu dipertahankan malah lebih perlu ditingkatkan. Kejayaan yang diwarisi tidak mungkin kekal selamanya jika urus tadbir negara gagal dilaksanakan secara cekap - secara berkesan; secara arif - secara bijak, secara cermat - secara berhemah, secara adil - secara saksama. Sedarilah! Generasi hari ini sebenarnya menuai hasil dari ladang kejayaan yang telah diusahakan oleh pemimpin terdahulu.
17. Dr. Ismail dan mereka yang seangkatan dengannya adalah barisan pemimpin gelombang pertama bagi sebuah negara bangsa yang baru merdeka. Ketika itu, masih belum terdapat walaupun sebuah universiti di negara ini. Cerdik pandai dan intelek bangsa amatiah terbatas - begitu kecil jumlahnya. Namun dalam menghadapi sumber terbatas tersebut, negara berjaya mendapat barisan pemimpin dari kalangan insan yang terbaik; dalam ketandusan sumber intelek itu, terkandung di setiap jiwa mereka kekayaan integriti dan kekuatan sumpah kesetiaan.
18. Barisan pemimpin gelombang pertama memperlihatkan tingkat integriti yang tinggi yang sukar dipertikaikan. Mereka memperlihatkan kesetiaan kepada perjuangan, kesetiaan kepada prinsip, kesetiaan kepada bangsanya dan kesetiaan kepada negaranya. Pemimpin gelombang pertama ini, merupakan kumpulan elit bangsanya ketika itu, kebanyakannya dari keturunan aristocrat atau menengah atas, namun hati dan jiwa mereka senantiasa berada dengan rakyat biasa, menghayati penderitaan dan erti kemiskinan, yang dialami oleh para petani dan buruh biasa. Mereka mengambil sebagai tanggung jawab untuk menyuarakan dan membela nasib kumpulan bawahan dan rakyat jelata. Semangat tersebutiah yang merupakan komponen utama membolehkan negara ini menjadi sebuah negara yang stabil dari segi politik dan makmur dari segi ekonomi.
19. Setelah lima puluh tahun mencapai kemerdekaan, janganlah hendaknya semangat membela rakyat majoriti ini menjadi begitu jauh dihati mereka yang memegang jawatan dan memiliki kuasa. Kumpulan miskin dan rakyat bawahan masih memerlukan pembelaan dan wajib terus dibela. Kesetiaan warga kepada pemimpin - tidak harus dinodai dengan salah laku pemimpin melakukan perkara-perkara yang menyimpang dari kebenaran kerana didorong haloba membina kekayaan diri dan kekayaan famili. Pemimpin itu laksana pohon dan rakyat itu laksana akar yang akan menentukan kesuburan dan kerendangan pohon. Ambillah iktibar dan jadikanlah teladan corak kepimpinan, keikhlasan, pengorbanan dan integriti yang telah dipamerkan oleh Tun Dr. Ismail berserta barisan pemimpin gelombang pertama pasca merdeka itu. Semoga negara Malaysia akan diamanahkan oleh ALLAH Subhanahu Wataala ditadbir urus oleh barisan pemimpin yang memiliki sifat integriti tinggi selaras dengan hadis, yang diriwayatkan oleh Abu Daud bermaksud, "Jikalau Allah inginkan supaya sesuatu bangsa itu sejahtera, maka Tuhan memberikan bangsa itu pemimpin yang baik ...
20. Semoga penerbitan yang telah dirintis ini akan membuka laluan kepada penerbitan-penerbitan susulan. Koleksi kertas peribadi, koleksi ucapan dan koleksi amanat Tun Dr. Ismail, adalah khazanah negara. Betapa manfaatnya kepada bangsa di hari ini dan di hari muka, jika koleksi ucapan dan amanat Tun Dr. Ismail dapat dihimpun atau dibukukan. Semoga langkah yang telah dirintis oleh Institute of Southeast Asian Studies, Singapura ini memberi inspirasi, memberi ilham dan memberi keberanian kepada institusi-institusi ilmu di negara ini untuk menggerakkan sesuatu usaha mendalami khazanah intelek peninggalan negarawan yang bernama Ismail bin Abdul Rahman.
21. Semoga Allah Subhanahu Wataala mencucuri rahmat dan memberi ihsan kepada roh Tun Dr. Ismail sehingga ke hari kebangkitan. Semoga segala jasa baktinya diberikan ganjaran setimpal di hari kebangkitan. Kepada keluarga Tun Dr. Ismail, sebenarnya negara dan bangsa amat terhutang budi.
22. Dengan lafaz Bismillahi Rahmani Rahim, Beta dengan sukacitanya melafazkan pengisytiharan pelancaran 'Bukan Kerana Pangkat.- Tun Dr. Ismail dan Masanya'.
Wabillahi taufik, walhidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
alexfire
Aug 9 2007, 01:42 PM
anda tahu yg beliau mungkin akan menjadi PM yg ke 4
jika panjang hayat...tp allah lebih sayangi beliau...
PM ke3 plg mempercayai beliau lebih dr org lain n klu boleh tak mahu PM ke 4(Dr. M) kita jd PM...
sbb time tu PM ke 3 dgn Dr M tak sefahaman...
tp tak sempat penyerahan kuasa, beliau dah kembalik ke rahmatullah...
serba sedikit yg aku tahu...
sambung lg saper yg tahu...
................................................................................
................................................................................
.
...............................
p/s : aku ader beritahu beberape kesilapan yg dinyatakan diatas...
tolong refer info yg dinyatakan posting aku yg seterusnya......
tq...
john_jenin5
Aug 9 2007, 11:06 PM
QUOTE (alexfire @ Aug 9 2007, 01:42 PM)

anda tahu yg beliau mungkin akan menjadi PM yg ke 4
jika panjang hayat...tp allah lebih sayangi beliau...
PM ke3 plg mempercayai beliau lebih dr org lain n klu boleh tak mahu PM ke 4(Dr. M) kita jd PM...
sbb time tu PM ke 3 dgn Dr M tak sefahaman...
tp tak sempat penyerahan kuasa, beliau dah kembalik ke rahmatullah...
serba sedikit yg aku tahu...
sambung lg saper yg tahu...
nice sambung lagi best ni wa x pernah tahu la plak benda ni a
determinism
Aug 10 2007, 01:14 AM
QUOTE (alexfire @ Aug 9 2007, 01:42 PM)

anda tahu yg beliau mungkin akan menjadi PM yg ke 4
jika panjang hayat...tp allah lebih sayangi beliau...
PM ke3 plg mempercayai beliau lebih dr org lain n klu boleh tak mahu PM ke 4(Dr. M) kita jd PM...
sbb time tu PM ke 3 dgn Dr M tak sefahaman...
tp tak sempat penyerahan kuasa, beliau dah kembalik ke rahmatullah...
serba sedikit yg aku tahu...
sambung lg saper yg tahu...
anda tahu yg beliau mungkin akan menjadi PM yg ke 4Tun Dr Ismail was the second Deputy Prime Minister ...
so claim for him to be the 4 PM a bit weird
but there are things said that Tun Dr M was not his favorable...
which Musa Hitam was his choice
PM ke3 plg mempercayai beliau lebih dr org lain n klu boleh tak mahu PM ke 4(Dr. M) kita jd PM...He became DPM serving Tun Abdul Razak, which overtook Tunku Abdul Rahman position shortly after the 1969 incident.
therefore, above statement might sound so strange...
mana sumber dpt semua nie geng?
PsychoSid
Aug 10 2007, 09:43 AM
PETIKAN DARI THE EDGEDAILY
(The Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, presented his speech, “Not because of position: Tun Dr Ismail and his time”, at the launch of a book on former Deputy Prime Minister Tun Dr Ismail Abdul Rahman in Universiti Malaya on Aug 3. This is a translation of an excerpt from that speech, which was delivered in Bahasa Malaysia.)
Former Deputy Prime Minister Tun Dr Ismail Abdul Rahman is known for his genuine Malay nationalist spirit but he had never practised racism.
He had never sanctioned racial discrimination and often gave a reminder that the society in this country is not a regimented society.
Malaysian society is often emphasised as a multi-racial society with diverse cultures and traditions, and it is important for the country to have leaders who are moving towards creating a Malaysia which is united in this diversity.
As I read about Tun Dr Ismail, I realised more and more what an extraordinary person he was; a statesman, an inspirational leader and a visionary.
Tun Dr Ismail envisaged a Malaysia for all without colour lines, without ethnic borders and without any one group feeling a sense of inferiority.
He recognised the importance of open-mindedness in addressing day to day issues and problems; the importance of listening and learning from others, particularly from those who are more advanced.
Tun Dr Ismail fulfilled his last duty to the country five hours before he drew his last breath. At 5pm on Aug 2, 1973, he launched the Semenanjung Malay Students Coalition (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung — GPMS) silver jubilee celebrations at the historical site of the Sultan Sulaiman Club in Kampung Baru, Kuala Lumpur.
In his speech at that function, Tun Dr Ismail stressed the importance of creating awareness among Malay parents and students of the need to arm themselves with knowledge which is on par with that achieved by other races, and to be in tune with current development and modernisation.
Ismail Abdul Rahman passed on 34 years ago. However, the principles of his struggle should not be buried in this hero’s tomb.
The principles of his struggle must be revived, his appeals need to be echoed, and his integrity needs to be injected into the citizens of this country, especially among the younger generation.
God had decided that Dr Ismail’s last message was to be given not at a political function, not a government function, not at a business centre but at a function organised by a students’ society known as GPMS; his last message was a reminder to the young and to students. He was honoured with an academic award, a doctorate in philosophy — a recognition he received from an academic institution and his message was also aimed at academics and students.
Therefore, universities and students must take this as a message that God himself commissioned Dr Ismail to deliver this message — to leave a will through academic institutions and to undergraduates — that academic institutions, scholars and undergraduates must continue to light the sacred torch of the country’s struggle to build up an army of educated citizens, an army of citizens with rational and open qualities, an army of citizens who strive to build unity in diversity, an army of citizens who have strong principles and an army of citizens who have high levels of integrity.
The spirit and principles of Dr Ismail’s struggle in terms of his sacrifices, commitment, courage and integrity have to be instilled among students and led by scholars.
Our country is about to enter its 50th Merdeka celebration. This celebration is greeted in an atmosphere where leaders and citizens can be proud to be in an independent country which is peaceful, prosperous and successful.
This success which we have attained has to be defended and raised. This success which is inherited may not be permanent if the administration of the country fails to be implemented efficiently, effectively, wisely, smartly and carefully — in a way that is courteous, fair and just.
Note that today’s generation is actually harvesting from the field of success which had been worked on by past leaders. Dr Ismail and his comrades were front line leaders for a country which had just attained independence.
At that time, there was not even one university in this country. Intellectuals and scholars were limited —so small in numbers. However, in the wake of these limited resources, the country managed to garner leaders who were good people; in the barren intellectual condition, there was in their souls a wealth of integrity and strong loyalty.
This first wave of leaders displayed very strong integrity which is hard to dispute.
They displayed faithfulness to their struggle, high principles and loyalty to their race and nation.
These first-wave leaders were the elites of their race then, most were from aristocratic lineage or upper middle-class, but their hearts and souls were always with the ordinary citizen —understanding the suffering and experiences of the farmers and ordinary labourers.
They took up the responsibility of speaking up for, and worked towards improving the fate of the lower classes and of all citizens. That was the spirit that enabled this country to become politically stable and economically prosperous.
After 50 years of independence, this spirit of helping the majority of the rakyat should not be something far away from the hearts of those with positions and power.
The poor and the lower classes still need to be and should continue to be helped.
The citizens’ loyalty to their leaders must not be defiled by the actions of leaders, who stray from the path of truth, because they are driven by greed to obtain wealth for themselves and their families.
Leaders are like trees and the rakyat are like the roots, which will determine the health and height of the tree.
Learn from and make an example of the leadership qualities exhibited by Tun Dr Ismail and the first wave of post-Merdeka leaders, such as their genuineness, sacrifices, sincerity and integrity.
determinism
Aug 10 2007, 10:46 AM
woit, kat atas tue dah ada petikan penuh utusan DYTM Raja Nazrin,
yang hang pi tampal satu lagi wat apa?
PsychoSid
Aug 10 2007, 10:56 AM
ler ..
aku fail Bahasa Melayu duh....
panjang jer ko post...
determinism
Aug 10 2007, 12:21 PM
QUOTE (PsychoSid @ Aug 10 2007, 10:56 AM)

ler ..
aku fail Bahasa Melayu duh....
panjang jer ko post...
kalau fail bahasa melayu gie arr ambik paper julai arr,
a genuine article is much preferred then a plain mimic
Spare a moment to read previous post before simply post anything here….
alexfire
Aug 10 2007, 04:44 PM
anda tahu yg beliau mungkin akan menjadi PM yg ke 4 = bukan PM ke 4 tp ke 3
jika panjang hayat...tp allah lebih sayangi beliau...
PM ke3 plg mempercayai beliau lebih dr org lain n klu boleh tak mahu PM ke 4(Dr. M) jd PM...
= yg sebenar PM ke 2 iaitu tun abd razak....bukan PM ke 3 iaitu tun husein onn. ini silap info bukan tak mahu Dr M jd PM tp tak mahu Dr M ada dlm parti UMNO
sbb time tu PM ke 3 dgn Dr M tak sefahaman... = lg silap PM1, PM2 n TDI yg tak sepahaman dgn Dr M, sbb Dr M ada buat kes..
tp tak sempat penyerahan kuasa, beliau dah kembali ke rahmatullah...
serba sedikit yg aku tahu...
sambung lg saper yg tahu...
................................................................................
................................................................................
.
................................
minta maaf byk2 ye...byk yg salah dlm posting aku sebelum ni...
aku dh nyatakan kesilapan n pembetulan...
tq bro determinism sbb ingatkan aku...hehe
determinism
Aug 10 2007, 05:08 PM
hehehe, TQ for the correction,
tapi mana dpt info nie?
Tun Dr M bukan ngam ngan Tun Abdul Razak ker?
bukan Tun Abdul Razak bertanggungjawab membawah
Tun Dr M ke dlm UMNO...
Tun Dr M agak radikal awal2 dulu, darah muda sama mcm DSAI
tapi Tun Dr M play smart,
according to Robert Kwak, even Tun Dr M tak berani dgn Tun Dr Ismail...
Tun Dr Ismail neutral org nyer,
tak berat pada mana2 kaum...
tapi tahu2 jer lah Tun Dr M berat pada kaum mana
determinism
Aug 10 2007, 05:20 PM
Malah ketika itu, pemimpin PAS sendiri amat jarang mengkritik Tun Dr. Ismail sama ada dalam kapasiti beliau selaku Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri atau juga selaku Timbalan Presiden Umno.
Ini kerana rakyat dan parti pembangkang tahu bahawa apabila beliau membuat sesuatu kenyataan awam dalam kapasitinya selaku menteri, maka kenyataan tersebut tidak ada kena mengena dengan politik Umno.
Adanya tokoh-tokoh berwibawa seperti inilah yang menyebabkan rakyat percaya apa sahaja yang dikatakan oleh kerajaan.
Tokoh seperti Tun Dr. Ismail bukan sahaja tidak berminat dengan usaha mengumpulkan kekayaan tetapi juga tidak berminat menolong kawan-kawannya mendapatkan projek kerajaan dengan menggunakan ‘kelebihan tidak-adil’ (unfair advantage).
Pernah seorang sahabatnya datang bagi meminta pertolongan meluluskan sesuatu projek, namun Tun Dr. Ismail berkata, “Saya tidak dapat menolong kamu. Sekiranya saya menolong kamu maka saya terpaksa menolong semua orang. Oleh kerana saya tidak dapat menolong semua orang, maka saya tidak dapat menolong kamu.”
Hal seperti inilah yang telah menjadikan Umno sebuah parti kuat dan sukar digugat oleh PAS dan apatah lagi lain-lain parti pembangkang ketika itu sehinggakan lahir anggapan, “jika Umno diwakili oleh batang kayu sekalipun, parti itu tetap akan memenangi pilihan raya.”
source: http://www.detikdaily.net
john_jenin5
Aug 10 2007, 11:19 PM
QUOTE (determinism @ Aug 10 2007, 01:14 AM)

anda tahu yg beliau mungkin akan menjadi PM yg ke 4PM ke3 plg mempercayai beliau lebih dr org lain n klu boleh tak mahu PM ke 4(Dr. M) kita jd PM...He became DPM serving Tun Abdul Razak, which overtook Tunku Abdul Rahman position shortly after the
1969 incident.
therefore, above statement might sound so strange...
mana sumber dpt semua nie geng?

incident apa tu then kes apa yang TDM buat
determinism
Aug 11 2007, 05:56 AM
QUOTE (determinism @ Aug 10 2007, 01:14 AM)

anda tahu yg beliau mungkin akan menjadi PM yg ke 4PM ke3 plg mempercayai beliau lebih dr org lain n klu boleh tak mahu PM ke 4(Dr. M) kita jd PM...He became DPM serving Tun Abdul Razak, which overtook Tunku Abdul Rahman position shortly after the
1969 incident. therefore, above statement might sound so strange...
mana sumber dpt semua nie geng?

incident apa tu then kes apa yang TDM buatHe referring to Tun Dr Ismail
and 1969 incident was the 13 Mei 1969 blackout....
john_jenin5
Aug 13 2007, 12:54 PM
QUOTE (determinism @ Aug 11 2007, 05:56 AM)

incident apa tu then kes apa yang TDM buat
He referring to Tun Dr Ismail
and 1969 incident was the 13 Mei 1969 blackout....
very sorry can tell abit about tis blackout
determinism
Aug 13 2007, 11:10 PM
Tun Dr. Ismail’s letter to National Geograpic, dated 22 April 1966. One significant point being written by Tun Dr. Ismail in that particular letter is:
“Singapore and Malaysia are interdependent. Singapore has the finest port in the East and a large portion of her trade depends on Malaysia. At the moment both nations, comparatively speaking, are well off. If they can co-exist for some time, each understanding the other’s point of view, the time will come when they will merge again. It is better to wait for this to come because if they do not do so they will sink together instead of coming together.”
Justice Tun Suffian about Tun Dr. Ismail’s view on Malaysian Malaysia;
“He was a realist, aware of the prejudices of every community. He agreed with Mr Lee Kuan Yew’s slogan “Malaysia for Malaysians”, but he did not agree that it could be done overnight, he knew that the inborn prejudice and resistance of millions have to be worn down patiently, that the millions from every community have to be convinced slowly, that they have to be persuaded steadily in the delicate process of uniting the various races in Malaysia.”
alexfire
Aug 18 2007, 03:49 PM
QUOTE (determinism @ Aug 10 2007, 05:08 PM)

hehehe, TQ for the correction,
tapi mana dpt info nie?
Tun Dr M bukan ngam ngan Tun Abdul Razak ker?
bukan Tun Abdul Razak bertanggungjawab membawah
Tun Dr M ke dlm UMNO...
Tun Dr M agak radikal awal2 dulu, darah muda sama mcm DSAI
tapi Tun Dr M play smart,
according to Robert Kwak, even Tun Dr M tak berani dgn Tun Dr Ismail...
Tun Dr Ismail neutral org nyer,
tak berat pada mana2 kaum...
tapi tahu2 jer lah Tun Dr M berat pada kaum mana

ambik dr paper yg aku baca perihal TDI...
time tu sebelum buku tu nk kluar...
artikel tu kluar setiap ahad selama 1 bulan rasanya...
nanti aku check balik...lupa la, dh lama baca benda tu...