Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Cuma 11 % saman tertunggak JPJ diselesaikan
Autoshift.net Forums > Lifestyle > Isu Semasa
Yameh®


KUCHING - Kelonggaran untuk menyelesaikan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga 28 Februari ini kurang mendapat sambutan apabila hanya 11.78 peratus daripada 692,803 saman yang tertunggak diselesaikan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, tindakan senarai hitam dan mata demerit akan diaktifkan semula selepas tempoh penangguhan tamat pada 1 Mac ini.

"Selepas tempoh itu mereka yang mempunyai saman tertunggak tidak akan dibenar memperbaharui lesen kenderaan dan memandu sehingga semua saman diselesaikan," katanya di sini semalam.

JPJ sebelum ini memberi kelonggaran kepada pemandu membayar saman tertunggak secara ansuran sehingga 28 Februari ini.

Orang ramai boleh menyemak rekod senarai hitam melalui laman web JPJ di www.jpj.gov.my, perkhidmatan MYEG atau kaunter JPJ yang berdekatan.
soundpill
mak aih..bleh ansoran rupanya..aku g dulu kat sana cakap xleh..apodahh..dateline pn dah nk abis...apa leh wat..bek jgn cek kt web jpj tue psl senarai hitam..dorang x updet pn...lbeh baik g sndiri kat mana2 cawangan jpj.aku cek nama aku xder blaklis kt on9..tp aku g jpj ada nama aku blaklis..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.