Help - Search - Members - Calendar
Full Version: PRU 2012
Autoshift.net Forums > Lifestyle > Isu Semasa
madie_ktn
kehangatan kian terasa.. Kat dlm tv, internet dan suratkhabar pun da start ada kutuk mengutuk, caci mencaci, kantoi mengantoi, fitnah menfitnah antara parti..


Mari menghangatkan lg kemeriahan kempen pilihan raya akan datang.. Beri sebarang komen2 dan pendapat2 forumer2 sekalian... Jgn gaduh2 k..


Mod.. kalau topik ni tk sesuai dan memudaratkan, tolong delete. Tima kasih
C H E E S E C A K E ®
undilahpartikepalakerbau!bukankepalaabahkau!hahhahha
madie_ktn
petikan dari malaysiakini


Umno sudah jadi parti budaya maki-hamun? Tan Soo Aun
9:38AM Dis 1, 2011

Saya suka menarik perhatian laporan berita Malaysiakini bertajuk “Perwakilan dakwa penyokong DAP bangsat” dan dukacita sangat menyaksikan Pemuda Umno suda menjadi sebuah pergerakan yang menagih budaya maki-hamun.
Daripada initipati berita itu, nyata sekali Pemuda Umno memiliki taraf budaya dan tamaddun yang rendah sekali. Mereka seolah-olah tidak pandai menggunakan bahasa Malaysia kecuali ayat-ayat kesat dan kasar.
Suatu ketika itu, kerajaan yang dipimpin oleh Umno telah beriya-iya sangat menggerakkan
kempen berbudi bahasa tetapi nyata sekali ianya tidak membawa kesan. Adalah lebih berfaedah kalau kempen ini diulangi sekali lagi dengan memfokus kepada tindak-tanduk Pemuda Umno semata-mata.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu giat menggerakkan budaya transformasi dan perubahan. Umno juga dikatakan sedang membuat transformasi untuk memenangi sokongan rakyat.
Barangkali budaya maki-hamun yang dibawa oleh Pemuda Umno menunjukkan parti itu sudah menyempurnakan sasaran-sasaran transformasi. Apakah Pemuda Umno melihat budaya maki-hamun ini sebahagian daripada KPI parti mereka untuk menghadapi PRU-13 ?
Dalam negara demokrasi, rakyat berbilang bangsa dan agama, berhak menyokong mana-mana parti yang didaftarkan mengikut undang-undang. Umno hanyalah salah sebuah parti yang lebih besar daripada yang lain tetapi sazi keahlian parti tidak memberikan lesen kepada Umno untuk memaki hamun penyokong parti lain.
Saya bukan penyokong DAP atau mana-mana parti yang lain. Saya melihat pertembungan mulut dan serangan verbal memang merupakan asam garam politik tetapi segala-galanya hendaklah tertakluk kepada budi bahsa yang tertib teratur.
Apakah Pemuda Umno sudah ketandusan idea selain daripada pandai maki hamun. Umno seolah-olah mahu menunjukkan mereka lebih hebat dan berkuasa daripada parti yang lain kerana memegang tampuk kepimpinan negara sejak hari merdeka.
Oleh yang demikian mereka boleh memaki hamun semua penyokong parti yang tanpa mempedulikan perasaan orang lain ?
Inilah tabiat semulajadi Umno sesudah berkuasa terlalu lama. Mereka hanya pandai memaki hamun orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Kalau inilah budaya perbahasan yang dibawa oleh Pemuda Umno, maka tak hairanlah rakyat bertindak menolak parti kerajaan dalam PRU-13 nanti.
Pemuda Umno mesti tepuk dada dan tanya selera; di mana letaknya kewibawaan dan kredibiliti parti kalau perwakilan hanya pandai memaki hamun orang lain?
madie_ktn
petikan malaysiakini



PKR dedah pula dakwaan pembelian tanah, kenderaan Salhan K Ahmad
5:48PM Nov 30, 2011


PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.
Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.
"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.
Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.

Pendedahan hari ini timbul berikutan tindakan Shahrizat yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno hari ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung siri pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dana NFC.
madie_ktn
shahrizat pulak kata...



Projek lembu: Pemimpin PKR diberi amaran keras Jimadie Shah Othman
10:51AM Nov 30, 2011


Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.
Sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli.
"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.

Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara, hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah depan mata tak nampak".
"Ada MP (anggota parlimen) Kelantan, sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat khidmat. Tanya Machang," katanya di hadapan lebih 900 perwakilan.

Supaya dilihat konsisten, katanya, Shahrizat juga menggesa Zuraida mendesak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan.
"Saya gesa ketua wanita gesa presiden PKR letak jawatan atas angkara suaminya ketua umum yang pernah dihukum dan disabit pelbagai angkara," katanya.
Sementara itu, Rafizi (kiri) pula dilabelkan sebagai "si Tanggang muda" berikutan serangan bertali-arus yang ditujukan padanya.
"Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa," kata Shahrizat.
Dilihat melepaskan geram di gelanggang sendiri, Shahrizat yang kerap diam menghadapi isu itu menyifatkan penjelasannya hari ini sebagai "mukadimah" sahaja.
"Oh, mentang-mentang saya sapu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret," katanya.
Pada masa yang sama, tanpa menyebut khusus mana-mana pihak, menteri pembangunan wanita itu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengambil mudah peranan wanita dalam parti.
"Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?" soalnya.
nh4life
aku rasa topic berbaur politik ni patut kena close haha. sebab politik ni kawan baik pun boleh jadi gaduh. laki bini pun boleh gaduh haha. masing2 mesti nak pertahankan parti yang disokong. nanti yang sokong parti A kutuk parti B and yang B kutuk parti A. it's neverending story.
dan 1 lagi undi anda adalah rahsia hahahaha.
amphytamine -G.S.C-
tahu xpe
ak rase xpatut bukak topic mcm nih
leh bawak bergaduh ouhhhh
madie_ktn
apa yg korang ckp tu mmg betol... Aku pon tak nak forumer gaduh sesama sendiri disebabkan politik ni.. Huhuhu.. MOD, PLEASE CLOSE THIS TOPIC.. harap maap.
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.