Help - Search - Members - Calendar
Full Version: Hindraf ancam negara
Autoshift.net Forums > Lifestyle > Isu Semasa
Pages: 1, 2
egGy
KUALA LUMPUR 6 Dis. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mendedahkan tindakan puak pelampau Hindu Rights Action Force (Hindraf) sudah sampai ke tahap mengancam keselamatan negara kerana terdapat bukti pertubuhan itu berusaha mendapatkan sokongan dan bantuan pengganas antarabangsa.

Musa dalam satu kenyataan di sini tidak menyatakan nama kumpulan pengganas yang mempunyai kaitan dengan Hindraf yang digerakkan oleh lima peguam dan seorang eksekutif kanan syarikat swasta.

Bagaimanapun, semalam Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ada mengaitkan kumpulan pelampau itu dengan Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari Sri Lanka.

Kenyataan Abdul Gani itu dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam ketika beliau berhujah supaya mahkamah tidak membenarkan lima penyokong Hindraf dijamin atas alasan tertuduh terbabit berpotensi mengadakan perhimpunan haram dan mengaitkan mereka dengan LTTE.

Tetapi, selepas mendapat bantahan keras daripada peguam-peguam tertuduh terlibat, hujah Abdul Gani mengenai kaitan mereka dengan LTTE itu dipadamkan daripada rekod mahkamah.

Dalam kenyataannya, Musa pula menyifatkan situasi yang dicetuskan oleh kumpulan pelampau itu sejak kebelakangan ini sangat membimbangkan dan pihak polis memandang serius perkembangan terbaru itu.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran bahawa polis akan bertindak tegas terhadap Hindraf.

“Sejak 28 Julai lalu, pemantauan polis mendapati Hindraf bergiat aktif menyemai sentimen perkauman di kalangan orang India dengan membangkitkan kebencian dan penentangan terhadap kerajaan yang berpotensi mencetuskan perbalahan kaum di negara ini.

“Sejak akhir-akhir ini terdapat tanda-tanda Hindraf sedang berusaha mendapatkan sokongan dan bantuan daripada kumpulan pengganas.

“Pihak polis memandang berat perkembangan ini dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas bagi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negara terus terpelihara,” katanya.

Menurut Musa, selain menagih sokongan negara-negara asing dan meminta bantuan kumpulan pengganas, kumpulan pelampau itu juga menubuhkan sebuah dana untuk membiayai aktiviti mereka.

Jelasnya, dana tersebut diperoleh dengan cara memperdayakan orang ramai.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bentuk pengumpulan dana itu dan jumlah yang telah dikumpulkan.

Dalam pada itu, Musa memberitahu, hasil siasatan polis sejak 28 Julai lalu mendapati Hindraf melobi sokongan dari negara India, Britain dan Amerika Syarikat selain negara-negara Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurutnya, dalam usaha melobi itu, Hindraf telah memberi gambaran buruk mengenai kedudukan kaum India di Malaysia.

“Sebagai contoh, e-mel (Hindraf) kepada Gordon Brown, Perdana Menteri Britain, menyebut berlaku pembersihan etnik yang mana orang India dibunuh setiap hari oleh kerajaan ekstremis Islam Malaysia,” ujarnya.

Musa juga berkata, pemantauan polis di dalam negara pula mendapati sentimen berbahaya daripada Hindraf disemaikan secara berterusan menerusi majlis-majlis forum, pengedaran buku dan risalah, laman-laman web dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurutnya, kumpulan pelampau itu mahu mendapatkan sokongan kaum India di negara ini dan mereka juga mendalangi penentangan segelintir orang India terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan merobohkan kuil-kuil yang dibina secara haram.

“Mereka juga merancang menggunakan kumpulan gengster bagi menghalang tindakan merobohkan kuil oleh pihak berkuasa tempatan pada masa hadapan,” ujarnya.

Musa menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah dan khabar angin yang disebarkan melalui Internet dan SMS oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan kegelisahan di kalangan masyarakat.

Beliau memberi amaran bahawa mereka yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin dan berita palsu itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada 25 November lalu, perhimpunan Hindraf di ibu kota bertukar ganas tidak seperti yang dijanjikan oleh penganjurnya dengan para penyokong pertubuhan itu bertindak agresif melontar batu dan besi ke arah polis menyebabkan kecederaan empat anggota polis.

Kumpulan itu berpecah di beberapa lokasi di Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Yap Kwan Seng sejak pukul 6.30 pagi dan tidak mengendahkan nasihat polis untuk bersurai selain mengeluarkan kata-kata kesat yang berbau perkauman.

Sumber: www.utusan.com.my
Chroes
aku hairan btul la dgn puak minor ni...
negara tgh aman mcmni pun ada lg yg xpuas hati.
diorg ni xpenah fkir ke masa depan nnti mcmna kalau agenda diorg ni btl2 kucar-kacirkn negara. sad.gif
cuba tgk negara2 yg tgh dlm konflik skrg...
nak kluar pun takut...
ekonomi down...
budak2 pun jd mangsa...bayangkn kalau anak kita/generasi kita hdup dlm kdaan xaman.perghh...bukan bercakap hanya utk 1 bangsa...tp utk rakyat malaysia,negara kita...nak ke kita dijajah balik setalah 50 tahun kita bebas n generasi terdahulu bersusah payah bina negara.

nak layan naik scoot pon ssh kalau negara xaman...
aku mmg puji negara sendri...bangga jd rakyat malaysia...nak dibandingkn dgn negara lain,mmg negara kita mmg byk keunikkn n kebaikn.kita patut bersyukur.pergi la luar,banding dgn negara kita..seperti mana aku penah tgk sblm ni.

seaman
bkn pro kerajaan
bkn pro pembangkang
racist s**ks!!!
yoecr7
perhimpunan haram BUKAN budaya kita!!! bruce.gif
drezzay
adoi,peningla kepala fikir pasal masalah yg x patut timbul ni..... sweat.gif
AJ
Hanyer HIndraf sajer yang tahu mengapa diaorg buat perhimpunan..

Kenapa media tak pernah interview HINDRAF kenapa diaorg buat perhimpunan?? kenapa diaorg memberontak..
Kalu betul hindraf salah, kasik Hindraf cakap skali depan TV, aper diaorg akan kata..

kalu duit korang kena kebas.. sure korang mengamuk kan.. so samala situasi diaorg..
lepas tuh gov**. tuduh macam 2 plak.. pusing cerita suruh rakyat nampak HINDRAF nih pengganas.. isk2

Lepas nih lawyer pulak nak buat perhimpunan.. semua org educated nih..
so, setiap perhimpunan mesti ader agenda nyer.. bukan saje2 diaorg nak buat..
ariel_kickers
hurm...
so,kte tgk laa ari ahad - 16/12/07 nih..
kemungkinan besa rusuhan akan b'laku di kg.baru jam 9.30 pg..
mnurut msg yg aku dpt dr s'sorg..

so,d'arapkan sume org harus b'siap sdia..
TANAH KITA HAK KITA..
sejarah lama mungkin brulang ..

bruce.gif bruce.gif
amY
QUOTE (AJ @ Dec 8 2007, 07:58 AM) *

diorg sendiri xtau knape diorg berhimpunan....
aku ader member yg join aritu...aku tnyer dier...dier sendiri xtau...
educated tapi fikiran sempit x guna jugak...mintak bender yg bukan˛...
pengetua au india pun sendiri kutuk r ngn hindraf nh,die ckp memalukan kaum sendiri jerk...
pengetua aku pun educated per 3 tp bley berfikir dgn waras....

QUOTE (ariel_kickers @ Dec 8 2007, 11:54 AM) *
hurm...
so,kte tgk laa ari ahad - 16/12/07 nih..
kemungkinan besa rusuhan akan b'laku di kg.baru jam 9.30 pg..
mnurut msg yg aku dpt dr s'sorg..

so,d'arapkan sume org harus b'siap sdia..
TANAH KITA HAK KITA..
sejarah lama mungkin brulang ..

bruce.gif bruce.gif

time psk lak tuh....
tmpt aku nih,xpe tunggu dan lihat....
mungkin benar dan mungkin smua ni propaganda.....
tuN_teJa
spt yg aku dgr...

hindraf tuduh k'jaan m'sia wat pembersihan kaum...cm kununnnya kaum die neh ditindas dn x dpt ape yg melayu dpt...hindraf wat perhimpunan arituh coz nk anta memorandum kt queen elizabeth melalui kedutaan british kt cni...die suh k'jaan british msk cmpr dlm permaslhn mrk neh krn hindraf kate british yg bwk derang (kaum india) msk ke negara neh...last skali sbb x dpt anta memorandum tuh ke kedutaan british melalui perhimpunan yg mrk wat maka memo tuh di anta melalui faks.... dry.gif dry.gif dry.gif

my opinion: kalo derang anta berpuloh memorandum pn lom tentu queen elizabeth a.k.a k'jaan british nk lyn derang kecuali ler kalo british de agenda laen kalo sudi nk tlg mrk neh... oops.gif
AJ
diaorg menuntut hak diaorg duit pampasan buruh 2.3 trilion
sebab bawak diaorg dari india ke malaysia

ade berita mengatakan duit tuh kerajaan british dah bagi kat malaysia..
cuma goverment yang tak kasik duit tuh kat diaorg..

Aku tak komfirm berita cuma dengar soseh2 mulut org jah..
amY
mulut org bro...smua org bley berkata...xtau sama ada btul atau x kan?...
anyway diorg nih xknal dek untung...
baper ramai org susah kat negare india tuh??...
kat sini diorg senang...xpaham aku masyarakat skang.....
egGy
QUOTE (amY @ Dec 9 2007, 12:08 PM) *
mulut org bro...smua org bley berkata...xtau sama ada btul atau x kan?...
anyway diorg nih xknal dek untung...
baper ramai org susah kat negare india tuh??...
kat sini diorg senang...xpaham aku masyarakat skang.....

Biasa lah manusia.
Tak penah cukop dan bersyukur ape yang ada.
Bila dah hilang semua nanti baro nak menyesal. sweat.gif
tuN_teJa
duit pampasan ape kebendenye....

kalo kjaan british nk bg kt mesia da lme die bg dh...mse m'sia mrdeka dlu...

konspirasi ape ntah yg derang nk wat....bersyukur ler ngn ape yg ade...

kalo derang maseh kt negara asal...xtau ler ape naseb derng skunk neh....
nouvoS
aler, aku rasa benda benda nie biasa ajer bila dah nak dekat pilihan raya... kalau mahathir dulu, semua Bersih ka HiNDRAF ka. da lama masuk jel! ISA kan dier punya.... hahaha. pak lah nie lembut sangat la
ajims
anta jer dorang neh balek india,ape susah!!huhu dari bagi 2.3 trilion kat dorang wat pe,baik bagi kat org2 susah yg lebih memerlukan..dorang kalo kaye eksen nak mampus.. cool.gif
egGy
QUOTE (ajims @ Dec 9 2007, 09:41 PM) *
anta jer dorang neh balek india,ape susah!!huhu dari bagi 2.3 trilion kat dorang wat pe,baik bagi kat org2 susah yg lebih memerlukan..dorang kalo kaye eksen nak mampus.. cool.gif

Itu la.
Lagipun, kalo dorang dapat pon rase-rase akan terus senyap ke?
Sure akan ada demand lagi. dry.gif
AJ
aku jugak ader dengar bahawa, duit tuh mmg kerajaan british dah kasik kat malaysia..
tp diaorg (kerajaan malaysia) tak kasik duit tuh kat diaorg.. tu buat diaorg bengang..

BERSIH?? diaorg hanya nak memperjuangkan keadilan dlm pilihanraya akan datang..

aku rasa kalu kerajaan leh bagi permit handle elok2 tak akan jadi macam nih..
contohnyer macam PERHIMPUNAN AMAN MALAYSIA elok jerk jalan..

nih aku punyer pendapat la.. laugh.gif
blurr00
tamak .
SooN VaTo
pada aku cuma satu jerk.......... TANAH AIR KITA TANAH TUMPAHNYE DARAH KITA DAN HARUS KITA JAGA........ stndbye jerk......hehehe
-IQ-
aku xbrape gemar la org buat perhimpunan nie..

mmg la dorg kate aman..tp masalahnya..akan ada la sorg dua "beruk" yg akan jd batu api dlm group dorg nie..

dorg akan provoke group yg wat perhimpunan nie utk wat rusuhan..sbb tue polis xbg permit..

polis pon msti dh pk ape akan berlaku so dorg msti dh bjaga2..and if polis guna kan kekerasan kat puak yg wat perhimpunan haram..

mean itu salah dorg yg wat perhimpunan la..xbole nk salah kan gov or polis..polis dh xbg permit..dlm undang2 kate xbole..so ko buat jgk..nasib la..

f*** racists..kite malaysians..
AJ
perhimpunan agong umno polis lulus la kan.. brows.gif brows.gif
SooN VaTo
dah tu umno kan pertubuhan bedaftar bro..hehe
drezzay
adoi.....ni sumer gerangan pak lah terlalu berlembut.....

biasala kalau time nak pilihan raya jer ada jer benda2 yg timbul...tapi isu ni tersgtla x patut timbul....

diorang buat camana pun BN mesti menang punya...ni sumer politik.....

maafla kalau aku menyinggung perasan sesiapa...ni just pendapat aku la.....

peace no war..... icon_rolleyes.gif
shax
ha..ha..smlm aku ada jumpe photog yang wat liputan pasal bersih dulu, aku pun duk tanye, bape ramai kena hambat, sampai membebel al jaziera pasal cameraman kena water canyon, dengan selamba dia ckp, "depa hambat sesama sendiri, polis hambat polis, buang masa aku snap jar" "hang faham sendiri lah ni politik, aku dok buat keje aku jar, klu tak esok paper takde story best" em..tepuk dada tanya selera lah, pasal HINDRAF ni, ambik kesempatan, pak lah pulak, hambat lah orang tu p masuk ISA, kasi close case, wat mcm mahathir, inilah masa nk guna ISA tu, bukan p hambat orang2 tak salah masuk situ. pastu ada msj pasal kg baru, em, orang kita mmg suka sms benda2 mcm ni, propaganda, amy duk kg.baru tau lah mcm mana kat situ.
drezzay
QUOTE (shax @ Dec 11 2007, 05:14 PM) *

yeah betul2......ni sumer politik....gunakanlah ISA.....itula sebabnya wujudnya ISA...... biggrin.gif
chote
kalau korang nak tau...arini...satu KL ade roadblok...aku nak wat keje pon susah...jalan jem...adeh...sume pasal ni la...

HINDRAF nak buat rusuhan kaum ape? samy vellu tu bukan ke hindu...dpt jadi menteri kerja raya ape...sape ckp india ditindas? tak paham kawe...

perhimpunan agung umno lain Jamei oi...

tapi aku setuju...paklah mmg lemah dlm mentadbir hal dlm negeri...
AJ
maksudku, biar sama adil..

kalu bersih buat perhimpunan, biar diaorg debat dlm TV atau media cetak..
sama la mcm hindraf..

cara cakap kat al jazeera pun dah nampak sgt jurucakap malaysia amatur

langsung tak der suara nak berkata2.. demokrasi ker?? brows.gif

dah ler org mati pun pegi mengundi gak.. lawak betul lal malaysia nih..

aku tak harap pun pembangkang menang tapi atleast bagi la ade suara dlm parlimen.
biar time minyak naik, petrol naik, gandum naik.. tol naik
ader gak org membantah susah cket nak buat naik itu dan ini

dan lagi satu jangan ingat semua kerajaan buat tu betul semua dan
pembangkang buat semua salah.. pikir2 kan lah
SooN VaTo
pasl msj kg br aku no komen.. tp just wait n see brows.gif ............
tp jgn la cuma kat cni jerk cte pum pang tp bila da realiti habuk pun x de k tongue.gif
amY
QUOTE (AJ @ Dec 12 2007, 12:11 AM) *
maksudku, biar sama adil..

kalu bersih buat perhimpunan, biar diaorg debat dlm TV atau media cetak..
sama la mcm hindraf..

cara cakap kat al jazeera pun dah nampak sgt jurucakap malaysia amatur

langsung tak der suara nak berkata2.. demokrasi ker?? brows.gif

dah ler org mati pun pegi mengundi gak.. lawak betul lal malaysia nih..

aku tak harap pun pembangkang menang tapi atleast bagi la ade suara dlm parlimen.
biar time minyak naik, petrol naik, gandum naik.. tol naik
ader gak org membantah susah cket nak buat naik itu dan ini

dan lagi satu jangan ingat semua kerajaan buat tu betul semua dan
pembangkang buat semua salah.
. pikir2 kan lah

dan jgn ingat pembangkan tu smua btul n kerajaan tu smua salah... whistling.gif whistling.gif whistling.gif
blurr00
Ketua Umno Putrajaya bagi maklumat untuk semua malam tadi, polis menjumpai 1 kontena senjata di batu caves. Hari ahad ni mungkin akan berlaku rusuhan atau darurat di KL. BERHATI-HATI, dan sebarkan pada saudara-mara[15:30] iLa: Hak melayu islam malaysia dipertikai oleh HINDRAF> (The Hindu Rights Action Force).> Kaum Hindu akan mengadakan rusuhan pada AHAD> 16/12/2007 930pagi berkumpul di Kg Bharu.> > Sebarkan berita ini kepada bangsa melayu yang lain> tak kira UMNO,PAS dan KEADILAN.> Apa-apa kene standby..TANAH KITA HAK KITA,tragedi 13> Mei mungkin berulang

ini yg member aku msg kat aku . tak tahu la betul ker tak . kalo betul alahai habis keamanan m'sia .
SooN VaTo
ke situ la gak...hik3
- K A R E E M -
Penahanan berasas kewajaran: PM

KUALA LUMPUR: Lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam operasi polis di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan, semalam.

Mereka ialah P Uthayakumar, 46; V Ganabatirau, 34; M Manoharan, 46; dan R Kengadharan, 40 � semua Penasihat Undang-Undang Hindraf, manakala seorang lagi penyelaras pertubuhan berkenaan, K Vasantha Kumar, 34. Ganabatirau dan Manoharan juga adalah ahli DAP.

Kelima-limanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum dihantar ke Kem Tahanan dan Perlindungan Kamunting di Taiping, Perak untuk menjalani perintah tahanan serta-merta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam kenyataan dikeluarkan Bukit Aman, berkata, Kengadharan ditahan di Jalan SS2/55 Petaling Jaya pada jam 12.30 tengah hari, diikuti Manoharan di Jalan Pantai Baru, Bangsar (1.55 petang) dan Vasantha Kumar di sebuah restoran di Brickfields (2 petang).

Ganabatirau pula ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (2.10 petang) dan Uthayakumar di pejabatnya di Menara Mutiara Bangsar di sini (2.30 petang).

Di KUANTAN, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata penahanan pemimpin Hindraf itu mengikut ISA dibuat berasaskan kewajaran kerana tindakan mereka mengancam keamanan dan keselamatan negara.

"Menjadi kewajipan saya untuk bertindak segera kerana rakyat tidak ingin melihat negara kita dalam keadaan porak-poranda," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Pahang.

Mengenai kemungkinan tindakan itu dipolitikkan pembangkang, beliau berkata: "Sejak bila pembangkang tak guna macam-macam helah? Pembangkang, kerja dia membangkang."

Ditanya sama ada ramai lagi pemimpin Hindraf akan ditangkap, Perdana Menteri berkata: "Saya tidak boleh cakap... tandatangan, tangkap."

Sementara itu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum,

berkata perintah tahanan itu ditandatangani Abdullah selepas meneliti laporan polis pagi semalam yang menunjukkan kegiatan pemimpin Hindraf itu boleh menggugat keselamatan negara.

Mengikut Seksyen 8(1) ISA 1960, Menteri Keselamatan Dalam Negeri mempunyai kuasa menandatangani perintah menahan mana-mana individu sehingga dua tahun tanpa perlu perbicaraan. Tempoh tahanan itu boleh dilanjutkan atas persetujuan menteri berkenaan.

Pada 6 Disember lalu, Musa mendedahkan Hindraf sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan kumpulan pengganas antarabangsa serta merancang menggunakan kumpulan gangster bagi menghalang pihak berkuasa merobohkan kuil pada masa depan.

Sehari selepas itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pula mendedahkan Hindraf mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berdasarkan laporan polis yang dibuat orang awam.

Kumpulan pemisah itu diisytiharkan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat, Britain, Kesatuan Eropah, India dan Australia.

INFO: Siapa mereka

* K Vasantha Kumar, 34 - Eksekutif kanan di Malaysia Building Society Bhd (MBSB). Juga penyelaras Hindraf dan namanya digunakan dalam permohonan permit bagi perarakan pada 25 November lalu tetapi ditolak.

* V Ganabatirau, 34 - Penasihat Undang-Undang Hindraf dan juga Penasihat DAP Cawangan Sri Muda Shah Alam, Selangor. Namanya turut tersenarai dalam perintah mahkamah melarang perhimpunan haram pada 25 November lalu.

* R Kengadharan, 40 - Mempunyai firma guaman sendiri di Petaling Jaya. Turut mengendalikan kes sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

* M Manoharan, 46 - Penasihat Undang-Undang Hindraf ini adalah graduan ekonomi yang kemudian menjadi peguam. Ahli DAP dan sudah berkecimpung dalam politik selama 15 tahun. Mewakili Uthayakumar, Ganabatirau, dan Waythamoorthy ketika ketiga-tiga mereka ditahan dua hari sebelum perhimpunan haram pada 25 November.

* P Uthayakumar, 46 - Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Police Watch and Human Rights Committee. Pernah didakwa atas dua kesalahan di mahkamah. Pada 20 Mei 2004 dia ke United Kingdom mendapatkan suaka politik, kerana mendakwa diancam dan diawasi polis.

*dipetik dari laman web Berita Harian Online
☆MR^tUPiE☆
kena tangkap? aiseh jangan orang2 dorang nih memberontak kat sini udey!!

masalah nanti tu...
Chroes
takut melibatkn antara kaum je...sure punah...hdup pun talak senang..ekonomi down
SooN VaTo
pasal org kuat depa kene tangkap hr tu la mereka mula nak memberontak- sumber underground yg x sume tau........( kejadian mahu serang balai polis puchong oleh pihak org india )...........
shax
QUOTE
Ketua Umno Putrajaya bagi maklumat untuk semua malam tadi, polis menjumpai 1 kontena senjata di batu caves. Hari ahad ni mungkin akan berlaku rusuhan atau darurat di KL. BERHATI-HATI, dan sebarkan pada saudara-mara[15:30] iLa: Hak melayu islam malaysia dipertikai oleh HINDRAF> (The Hindu Rights Action Force).> Kaum Hindu akan mengadakan rusuhan pada AHAD> 16/12/2007 930pagi berkumpul di Kg Bharu.> > Sebarkan berita ini kepada bangsa melayu yang lain> tak kira UMNO,PAS dan KEADILAN.> Apa-apa kene standby..TANAH KITA HAK KITA,tragedi 13> Mei mungkin berulang

ini yg member aku msg kat aku . tak tahu la betul ker tak . kalo betul alahai habis keamanan m'sia .

kenapa harus umno, polis dah xde mulut blh bgtau,ker hiraki nye UMNO dulu baru polis, benda2 mcm gini aku tak suka, jgn politik kan segala benda, aduh tmpt amy lagi, kg baru, ari tu kata mmgu lepas, elok jer aku tgok amy berforum kat sini, sabtu lepas tu gak, aku g LALA seefood membuat acara makan2.ok jer,mcm biasa. aku tgok polis byk sekat laluan start weekend, benda bagus, walaupun sesak. ini melibat kan kaum, bukan politik, jadi polis harus ambik tindakan sewajar nyer. yang patut kena ISA dah masuk pun, aku nk sangat polis guna kuasa mcm zaman mahathir, guna kan lah kuasa di tmpt yang betul.

p/s: aku tak marah orang yang post tu, orang yang 1st sms tu, ker sms tu dah ubah2. entah jadi hapa2.
egGy
QUOTE (shax @ Dec 14 2007, 04:13 PM) *

Biasa lah bende-bende SMS nih.
Yang start sebarkan SMS nih yang wat masalah.
Takde keje lain agaknye nak buat dari nak pecah belahkan orang.
Tu yang start sebarkan, yang start forward kat orang lain pon satu masalah.
Tak boleh nak pikir panjang dan logik.
Asalkan mende racism camni je lajo nak amik port.
Sume nak tunjuk besar kepale. Dia la hebat. Dia la ada kuasa.
Dari orang tatao tros jadi tao dan takot. Sat lagi sume dok nyemak kat Kg Baru tu nak tgk betol ke tak ade perhimpunan.
Alasannye nak berjage-jage. Nak tolong kaum same kaum.
Ape gune pihak berkuasa dan polis kat negara ni?
Cam kate shax, kenape name UMNO yang naik?
Padahal pihak polis yang lebih berkuasa dan bertanggung jawab dalam hal keselamatan ni.
Mula-mula cakap last week ada perhimpunan, sekarang nih minggu nih plak.
Isnin depan UMNO cawangan lain pulak cakap hujung minggu depan.
Takan habis. whistling.gif

Yang habis nanti minyak kete, moto, lori, bas, van dok sangkot dalam traffic jem sbb polis buat roadblock.
Menyusahkan saje.
amY
smua ni hanya mainan politik yg kotor...
dah jelas Hindraf secare terang musuhi UMNO(kaum mane dlm umno?)....knape dier x terus trang ckp musuh melayu?or islam?...

"HIN"DRAF = merujuk kepade agama HINDU...kanpe bukan "IND"RAF= INDIA?...fikir - fikirkan la wahai sahabat˛ ku....
-IQ-
hmm patutnya kite MELAYU kena sama2 bersatu..pi mampuih la hang UMNO ka, PAS ka, ADIL ka

dlm situasi mc skrg nie..kite kena sokong satu sama lain..

skrg aku rasa kaum cina tgh bersorak kat umah..tgk mlayu dgn india bergaduh..

agaknya dorg tggu masa jer nk jalan propaganda dorg plak..sng bg dorg nk bersatu dgn india..sbb die tgk mlayu berpecah belah..
egGy
QUOTE (-IQ- @ Dec 15 2007, 08:04 PM) *
hmm patutnya kite MELAYU kena sama2 bersatu..pi mampuih la hang UMNO ka, PAS ka, ADIL ka

dlm situasi mc skrg nie..kite kena sokong satu sama lain..

skrg aku rasa kaum cina tgh bersorak kat umah..tgk mlayu dgn india bergaduh..

agaknya dorg tggu masa jer nk jalan propaganda dorg plak..sng bg dorg nk bersatu dgn india..sbb die tgk mlayu berpecah belah..

Erm, saya setuju dan tak berapa setuju lah dengan kenyataan di atas tu.
Memang kita harus bersatu padu tak kira sesame Melayu atau kaum lain.
Nih sume pon untuk kesenangan sume pihak. smile.gif

Sekarang nih saya tak rasa yang Melayu tgh bergaduh dgn India or India tgh bergaduh dgn Melayu or mana-mana kaum.
Isu ni timbul sbb due tige orang dari kaum India yg tak reti nak hargai keamanan sedia ada.
Sbb mereka ni lah timbul isu wujudnya perbalahan perkauman ni.
Setakat ni takde plak masok dalam berita pasal Melayu bergaduh dgn India.
Hari tu pon hanye perhimpunan haram oleh kaum India untuk mendesak kerajaan British bayar pampasan kat dorang nih.
Perhimpunan haram tu lah yg menjadi alasan atau topik oleh sekumpulan individu yg tak bertanggung jawab untuk memecah belahkan kaum-kaum di negara ni.
Caranya dengan menyebarkan info yang tah betul atau tidak melalui SMS kononnya akan ada pertempuran antara kaum di ibu negara hujung minggu ini.

Isu yang dibangkitkan Hindraf pada mulanya ialah ingin menuntut ganti rugi dari kerajaan British sbb bawak dorang masok negara ni.
Then dorang bangkitkan isi kaum India tidak mendapat tempat dlm apa-apa aktiviti tak kira dari segi ekonomi, pelajaran atau sebagainya di negara ni.
Tapi lepas dibuktikan bahawa sume tu tak benar dorang bangkitkan pula bahawa Malaysia cuba nak hapuskan kaum India. doh.gif
QUOTE ("Utusan")
Sebagai contoh, e-mel (Hindraf) kepada Gordon Brown, Perdana Menteri Britain, menyebut berlaku pembersihan etnik yang mana orang India dibunuh setiap hari oleh kerajaan ekstremis Islam Malaysia

Kalo nak difikirkan memang takde pendirian langsung la Hindraf nih.
Sekejap nak mintak ganti rugi, sekarang nak dakwa Malaysia cuba buat penghapusan kaum.
Kehabisan modal. whistling.gif
AJ
QUOTE (amY @ Dec 12 2007, 03:44 PM) *
dan jgn ingat pembangkan tu smua btul n kerajaan tu smua salah... whistling.gif whistling.gif whistling.gif

mmg tak dinafikan, mmg ader tindakan kerajaan yang aku sokong.. mcm buat road tax turun, yuran sekolah dimansuhkan..

tapi kerajaan sekarang byk sgt kes2 yang aku tak berapa sokong..
amY
QUOTE (AJ @ Dec 16 2007, 03:15 PM) *
mmg tak dinafikan, mmg ader tindakan kerajaan yang aku sokong.. mcm buat road tax turun, yuran sekolah dimansuhkan..

tapi kerajaan sekarang byk sgt kes2 yang aku tak berapa sokong..

biasela bro..manusia icon_rolleyes.gif
hatiungu
QUOTE (amY @ Dec 14 2007, 07:54 PM) *
smua ni hanya mainan politik yg kotor...
dah jelas Hindraf secare terang musuhi UMNO(kaum mane dlm umno?)....knape dier x terus trang ckp musuh melayu?or islam?...

"HIN"DRAF = merujuk kepade agama HINDU...kanpe bukan "IND"RAF= INDIA?...fikir - fikirkan la wahai sahabat˛ ku....

hindu, munkinkah ingin mgugat islam?
*pendapat kosong je k

pak lah bukan x bagus..tapi kurang cekap..
kita boleh bandingkan dgn tengok sijil pak lah n mahathir..
*kalau aku jadi pm blh hancur negara nie..hehe..
bukan senang nak pegang kuasa n pucuk pimpinan..
yg dibawah kepimpinan la kene bantu mengsempurnakan kepimpinan..
**munkin kita brows.gif

presure make diamond..
tapi dengan haba yg tgi,masa yg lama baru muncul berlian yg berkualiti..
*child on the board
AJ
QUOTE (blurr00 @ Dec 13 2007, 08:10 AM) *
Ketua Umno Putrajaya bagi maklumat untuk semua malam tadi, polis menjumpai 1 kontena senjata di batu caves. Hari ahad ni mungkin akan berlaku rusuhan atau darurat di KL. BERHATI-HATI, dan sebarkan pada saudara-mara[15:30] iLa: Hak melayu islam malaysia dipertikai oleh HINDRAF> (The Hindu Rights Action Force).> Kaum Hindu akan mengadakan rusuhan pada AHAD> 16/12/2007 930pagi berkumpul di Kg Bharu.> > Sebarkan berita ini kepada bangsa melayu yang lain> tak kira UMNO,PAS dan KEADILAN.> Apa-apa kene standby..TANAH KITA HAK KITA,tragedi 13> Mei mungkin berulang

ini yg member aku msg kat aku . tak tahu la betul ker tak . kalo betul alahai habis keamanan m'sia .

Senang sangat ek malaysia nak buat masuk senjata, baru aku taw..
Betapa mudahnyer kastam/imegresen terima ***
egGy
QUOTE (AJ @ Dec 18 2007, 09:09 PM) *
Senang sangat ek malaysia nak buat masuk senjata, baru aku taw..
Betapa mudahnyer kastam/imegresen terima ***

Entah betul entah tidak pasal msg tu sweat.gif
amY
QUOTE (AJ @ Dec 18 2007, 09:09 PM) *
Senang sangat ek malaysia nak buat masuk senjata, baru aku taw..
Betapa mudahnyer kastam/imegresen terima ***

ko percaye ke??hahaha...adeh˛..... doh.gif
aman damai jerk kat sini..... whistling.gif

QUOTE (egGy @ Dec 18 2007, 10:49 PM) *
Entah betul entah tidak pasal msg tu sweat.gif

ahakz... doh.gif
SooN VaTo
kan dah nak pilihan raya.. phm2 jerk la atau wat2 jerk phm sudah
-IQ-
heehe ni dh racist..kalau dorg tuntut gnti rugi kat UK..

hmm aku rasa kite tuntut je dorg dihantar balik ke india..heehe lg aman..

opss aku bkn racist..cume aku xske org racist..fcuk racist..
SooN VaTo
kalo sume htr balik india ekonomi kita pun mungkin akan effect kot.. setiap bende pasti ade kesan baik buruknyerk
-IQ-
mmg akan effect..tp kite xbleh terlalu bg muka sgt..

mcm aritue..yg g lepaskn 31 org tue watpe..penat je polis buat keje..kena pukul la..

tp sng2 jer lepas kan dorg...apa pak lah takut kalah election kaa..
hatiungu
tah le aku pun pelik..
charge je ah diorg dengan kesalahan yg diorg dah buat..
baru yg wat phimpunan haram tu sedar..jgn bermain dengan perlembagaan negara nie..
This is a "lo-fi" version of our main content. To view the full version with more information, formatting and images, please click here.