i_nazihah
Jan 24 2008, 02:00 AM
Dialog Dua Hantu
Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.
hohohooooooo......
atok_haji
Jan 24 2008, 10:53 AM
hahaha...mane dpt cite ni???
cre ar!!
☆MR^tUPiE☆
Jan 24 2008, 12:05 PM
i_nazihah
Jan 24 2008, 04:24 PM
amek cite neh bdasarkan kisah bnar...
kisah bnar pngalaman atok_haji le...
kihkihkihhh
scootz_bikez
Jan 24 2008, 04:31 PM
--wahahhaa bongek tu mende?
kepompong™
Jan 24 2008, 07:09 PM
bongek tuh bongok gamaknyer..
Chroes
Jan 24 2008, 08:08 PM
sengal2 ubi....
scootz_bikez
Jan 24 2008, 08:12 PM
--Wakakkaa.... sorry ak lambat gelak.... baru ak baca td.... mula2 baca tajuk je x der masa nk baca sory... Intan taruk lagi cerita2 bongek cam neh.... biar kite sama2 lama2 jadi bongek gak... kekkeke
=:t a f e e 0:=
Jan 29 2008, 12:56 PM
eheh mmg klako ler citer nazihah nie..huhu aku ader gak citer yg ntah pape..ermm gni,ade beberapa org gler yang akan dihantar ke korea utk rawatan selanjutnya..ketika didlm pesawat,mereka bermain2 seperti kanak bru lahir,doktor yg mengetuai mereka amat merasa marah lalu mengarahkn pembantunya untuk mendiamkan orang2 gler tersebut..5 saat kemudian tiada lagi bunyi bising yang kedengaran..doktor bertanya bagaimana pembantunya dapat mendiamkan mereka dalam waktunya yang singkat?pembantunya berkata dalam nada riak dan amat angkuh sekali dimuka bumi ini."saya telah menyuruh mereka main diam2 diluar" doktor amat terkejut dan memndang ke luar tingkat namun dah terlambat,orang2 gler tersebut telah jatuh bertaburan seperti pasir dipantai...wakakaka ksian dorg eeh
rear87
Jan 30 2008, 02:19 PM
aku pun ader gak..
aiman ada kawan. nama dia arif. umur dia lima tahun, macam aiman jugak. tapi dia kecik jer, kadang-kadang dia jadi besar. aiman tak kisah.....
bila main-main. arif muntah. arif cepat letih. arif tunduk lambat-lambat. aiman selalu urut kepala arif. aiman tak kisah........
arif sakit. dia ada h.i.v. posi (correcting himself) h.i.v. positive. bila dia sakit, aiman teman dia baca buku 'ehem-ehem' kat belakang rumah. aiman tak kisah.........
(announcer) aids tidak berjangkit melalui sentuhan, mahupun menjadi seorang rakan...jika anak sekecil aiman tidak mendiskriminasi, kenapa perlu anda?
(aiman) bila besar nanti, aiman nak kawin-kawinkan arif. aiman tak kisah............
☆MR^tUPiE☆
Jan 30 2008, 05:27 PM
kepompong™
Jan 30 2008, 07:20 PM
LAWAK POTONG ZAKAR(18SX)
apek : itu potong zaka ada bagut ka ?
ali : manyak bagut..bila lu potong haa lu punya barang manyak bersih loo..
apek:?!! err..saya kawan ada cakap,potong zaka aaahh.. manyak
ploblem..
ali : apa probrem ?
apek : manyak buang luit..lg aahh..dia punya performance tatak bagut..
cinang semputloh..
ali : cehh.. apek, lu apa celita.. sy suda lama potong.tada problem..
bini saya manyak puas woo..
apek : lu mini puas sama itu potong zaka ka?
ali : ya la.. bila lu potong aahh.. lg sedap maen woo.lg lambat pancut..
apek :???!!! err..lu punya 1.3 atau 1.5 ??
ali : ??!! woi apek cakap baik2 sikit ha.. saya punya 6 incila..
apek :??! tiu nia ma.. lu jgn maen2 haa.. mana ada potong zaka 6 inci..
ali : cilaka apek ni..nah tengok ( bukak sluar tunjuk pale ######..)
apek : chee sin punya olang..gua tanya baik2 lu tunjuk lu punya ######..
ali : abis.. lu tarak percaya..saya tunjuk la..
apek : sy tatak tanya lu punya ######.sy tanya psl itu nasional car..
potong zaka..molo punya olang..
ali : aiya.. apek.. lain kali lu sebut betul2 la..kasi susa saja..
bukan potong zaka la.. proton saga.. cinabeng btulla..
hahahahaha.. lawak bodo tawun baru ciner..
☆MR^tUPiE☆
Jan 30 2008, 11:57 PM
hehe.aku dah baca lawak nih kt myspace. hehe
atok_haji
Jan 31 2008, 11:29 AM
QUOTE (i_nazihah @ Jan 24 2008, 04:24 PM)

amek cite neh bdasarkan kisah bnar...
kisah bnar pngalaman atok_haji le...
kihkihkihhh
smpi ati intan wat cita atok...
laen kali..mtk kbnaran atok..leh atok bg lg pglmn2 atok y bes2

kpmpong..mmg cara la lwak ko,aku nyaris2 ttipu td..
=:t a f e e 0:=
Jan 31 2008, 04:53 PM
hoho okay ker citer cam kepompong tue..huhu bahaye sehh..18sx agi

..kui3
kepompong™
Feb 3 2008, 05:08 PM
da name tahap bongek,hu3..lawaknye kena bongek gak la..
reco
Feb 3 2008, 07:42 PM
hahaha... mmg best lawan intan n kepompong, nak sakit perut aku bace lawak kepompong huhu
kepompong™
Feb 4 2008, 01:59 PM
Lewat Sebulan
Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga
ianya benar2 pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"
Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..
Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???
Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.
"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya....... ...."
Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???
Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"
???????????? ???????.. ......... ......... .
Jantan Tak Guna!!!
Amat pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" tanya Amat. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Amid ada bawah katil ayah tak pakai suar." Amat mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Amid jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Amat menarik Amit keluar dan berkata, "Lahanat kau Mit, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"
atok_haji
Feb 4 2008, 02:03 PM
haha..mcm siot je lawak ko kpmpong...
tp y las tu aku xpham la..nape tibe2 amat,amit lak??
kepompong™
Feb 4 2008, 02:05 PM
Nenek VS Atok(special dedicated to atok aji)
Pd 1 mlm,nenek pkai bj seksi..,atuk diam.
Mlm k2,nenek pakai bikini..,atuk terkejut.
mlam k3.,nenek bogel..atuk kata "YANG.,NAPE PKAI BAJU TU X IRON DULU...KAN KEDUT TU"!!!!!!!!!
☆MR^tUPiE☆
Feb 4 2008, 02:09 PM
atok_haji
Feb 4 2008, 02:13 PM
QUOTE (kepompong @ Feb 4 2008, 02:05 PM)

Nenek VS Atok(special dedicated to atok aji)
Pd 1 mlm,nenek pkai bj seksi..,atuk diam.
Mlm k2,nenek pakai bikini..,atuk terkejut.
mlam k3.,nenek bogel..atuk kata "YANG.,NAPE PKAI BAJU TU X IRON DULU...KAN KEDUT TU"!!!!!!!!!
hahahahaha!!!!!!!!!!!!!!!!!
eh..(bru tsdar dri ktawakn nnek ksygn sndri)
ceht!!
=:t a f e e 0:=
Feb 4 2008, 02:57 PM
kepompong™
Feb 7 2008, 10:43 PM
KISAH SEORANG PANGLIMA
Tahun 1441- Sebelum memulakanperjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.
PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.
RAKAN : Baiklah sahabat ku.
Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.
RAKAN : Maaf… panglima bagi kunci yg salah!! (Hhmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! hehe)
LAWAK BUDI BAHASA LRT
Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!
Salah Faham
Ada dua org anak kembar. namanya tam dan toni.mereka sudah dewasa dan telah beristeri. Tam mempunyai sebuah perahu yg sangat usang.Kebetulan suatu hari isteri Toni meninggal ketika menaiki perahu Tam. Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpatam, dan secara tidak sengaja menyangkanya Toni yg barukehilangan isterinya. Wanita itu berkata kpd Tam ” saya turut bersedih atas kehilangan yg anda rasakan.Tentu anda merasa sedih. “Tam yg menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, “tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya… ..dah tua,lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya. Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk , lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar. Setiap kali aku menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. ” saya rasa yg paling merosakkanya ialah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan. Saya sudah ingatkan kawan2 keadaannya sudah tidak berapa baik. Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah ditengah2. Mendengar kata2 itu wanita tua itupun pengsan… .. huhuhu…
☆MR^tUPiE☆
Feb 13 2008, 01:23 AM
QUOTE (kepompong @ Feb 7 2008, 10:43 PM)

LAWAK BUDI BAHASA LRT
Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!
apela perasaan awek tu yer
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!
=:t a f e e 0:=
Feb 13 2008, 06:02 PM
ntah paper klu ader btol awek cggtu kn
C H E E S E C A K E ®
Feb 13 2008, 06:31 PM
kepompong™
Feb 25 2008, 02:46 PM
AL-KISAH..
Alhikayat, dalam sebuah hutan di negeri Pahang ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.
Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua-dua menatang itu.
Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson
Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam
Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di Pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang-barang mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik-baik"
Badak tu pun pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".
Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu-satunya badak jantan satu Malaya nihh..
"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.
Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"
Jin tu pun kelipkan mata, bling....
Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas-puasnya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"
kikaider
Feb 25 2008, 05:43 PM
HUA HUA HUA rasa nyer badak tuh kepompom kot...... muahahahaha
bongek nyer
atok_haji
Feb 26 2008, 01:05 AM
haha..sonok tol cite ko..
pe lg y ko de?
C H E E S E C A K E ®
Feb 26 2008, 01:19 AM
bangsa membaca bangsa berjaya...yiiiiiiihhhhaaaaaaaaaaaaa!
☆MR^tUPiE☆
Feb 26 2008, 10:57 AM
badak gay tu badak BlueHyppo kot? hahahhahaha!!!
Kaio89
Mar 2 2008, 07:35 AM
aahha. giler merana badak tu. haih.~
kepompong™
Mar 2 2008, 04:57 PM
Malam pertama
Malam Pertama Pasangan muda yang sama-sama masih perawan akhirnya
menikah.
Masing-masing gugup ketika menghadapi malam pertama, namun tidak
ada yang mau mengaku atau bertanya kepada pasangannya tentang apa yang
harus dilakukan.
Didera kebingungan, si pengantin lelaki bertanya kepada ayahnya
"Ayah, apa yang harus saya lakukan?"
"Telanjanglah dan naik ke tempat tidur", jawab ayahnya.
Kemudian ia melakukan apa yang disarankan ayahnya.
Si pengantin perempuan terperanjat setengah mati melihat kelakuan
suaminya, ia kemudian bertanya kepada ibunya.
"Telanjanglah dan ikutlah suamimu", saran ibunya.
Setelah perempuan itu telanjang dan berbaring beberapa lama, si
pengantin lelaki pergi ke luar bilik dan bertanya lagi kepada ayahnya,
"Apa lagi yang harus saya lakukan?" lalu ayahnya menjawab,
"Lihatlah tubuh isterimu. Kemudian masukkan bahagian tubuhmu yang
paling keras ke tempat isterimu kencing!"
Beberapa saat kemudian, giliran si pengantin perempuan bertanya
kepada ibunya.
"Apa yang harus saya lakukan?"
Ibunya balik bertanya, "Apa yang sedang dilakukan suamimu?"
Setengah mengeluh si pengantin perempuan berkata,
"Ia sedang membenamkan kepalanya ke dalam mangkuk tandas!"
Wakakakakakakaa..............
Kisah seorang Janda yg dahaga
Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang
baru sahaja kematian suami. Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja
kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi
dan mempunyai potongan badan yang cantik.
Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka
kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah
tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana
hatinya masih lagi merindui arwah suaminya.
Walaupun, hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di
waktu malam. Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu.
Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, hujan lebat membasahi bumi dan
dingin sekali. Beliau bangun dari katilnya, walaupun sejuk tetapi
badannya terasa panas. Tekaknya terasa haus. Beliau terasa begitu dahaga
sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.
Sampai saja di dapur, beliau terus membuka peti ais dan mengambil
sebotol air sejuk. Beliau tuang kedalam cawan dan meminumya.
Setelah meminum air tersebut, beliau kembali kedalam bilik dan
menyambung tidur semula.
Sekian. Terima Kasih.
Itulah kisah seorang janda yang dahaga.
Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Mentang2 lah Janda..haaa....
Jenis Org Berdasarkan Kentut
Tak jujur : Orang yang kentut dan salahkan orang lain
Bengong : Orang yang tahan kentut berjam-jam
Yakin Dengan Diri : Orang yang kentut dengan lantang
Sadis : Orang yang kentut dalam selimut dan kibaskan baunya (tupie ske mcm ni)
Strategik : Orang yg sembunyikan bau kentut dangan ketawa dangan kuat
Misterius : Orang yg kentut berbau BUSUK tapi tidak dapat dikesan (atok aji)
Gugup : Kentut apabila disergah
Periang : Kentut pelan-pelan selepas itu senyum sorang-sorang
so??mana satu adalah anda??jangan tipu-tipu eh..sure ada salah satu..
atok_haji
Mar 2 2008, 05:17 PM
QUOTE (kepompong @ Mar 2 2008, 04:57 PM)

Jenis Org Berdasarkan Kentut
Tak jujur : Orang yang kentut dan salahkan orang lain
Bengong : Orang yang tahan kentut berjam-jam
Yakin Dengan Diri : Orang yang kentut dengan lantang
Sadis : Orang yang kentut dalam selimut dan kibaskan baunya (tupie ske mcm ni)
Strategik : Orang yg sembunyikan bau kentut dangan ketawa dangan kuat
Misterius : Orang yg kentut berbau BUSUK tapi tidak dapat dikesan (atok aji)
Gugup : Kentut apabila disergah
Periang : Kentut pelan-pelan selepas itu senyum sorang-sorang
so??mana satu adalah anda??jangan tipu-tipu eh..sure ada salah satu..
haha..tupie mmg cmtu pn,selekeh tol..haha
tp,sdap2 ko je kte aku cmtu ek,wlupn bnar
ko tlupa lg satu la..
Sewel : Org y kntut mngikut irama lgu..(febret style kpmpong)
kepompong™
Mar 2 2008, 05:45 PM
Kuah saja boss...
Kejadian ini berlaku di antara seorang bos berbangsa cina dan pekerja nya berbangsa melayu.
Bos : ajo, mali kita makan?
Ajo : ok2..jom..tempat mamak biasa ok bos?
Bos : aiyaa..hali hali makan mamak..boring woo..hali ni kita makan kedai cina..
ajo : mana boleh bos,haram..
bos: aiya..tak pa..u order air saja..makan, lu singgah mamak tapau..hah?
ajo: ok2..
sampai di kedai cina,bos ni pun order la sup # sensored #( pork soup)
bila sampai, baunya memang semerbak..terliur jugak la si ajo ni..
sambil makan mereka bersembang..si ajo ni pulak memang tak tahan, lapar sangat..
tetiba dia mencapai sudu lalu mencedok di dalam mangkuk sup tersebut.
bos: oi ajo,itu sup # sensored # maa...u mana boleh makan..
ajo : takpaaa...saya minum kuah sajaaa...
Orang Kampung Balik Kampung
Pada suatu hari, adela pak mat amik lesen kat bandar. Beberapa bulan kemudian,die pun balikla kampung,tetapi die lupe nak lekatkan 'P' kat kereta.sewaktu dalam perjalanan,die ditahan polis....
POLIS: Pakcik,'P' mane?
PAKMAT: Pi balik kedah.
POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?
PAKMAT: Ape yg main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.
POLIS: Saya kate 'P' mane...?
PAKMAT: Skarang sape yg main2.awak sebagai polis,tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan orang yg tak bersalah.awak juga harus ......pok,pek ,pok,pek.
POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.
PAKMAT: Asallamualaikum.
POLIS: Waalaikummusallam.
pandainye polis..
Pada satu malam,polis ni bertugas la nak tahan org yg bwk menyalahi undang2..pastu dtg la seorang pemuda yg tidak membuka lampu depan..
Polis : Apsal tak bukak lampu depan?Bahaya tau dak
Pemuda : Alah,sana lampu situ lampu sini lampu...brapa banyak nak bukak lampu?
Polis itu agak kebengangan lalu memancitkan tayar si penunggang tuh
Pemuda : Apsal ni?mcm mana saya nak balik?
Polis : lah..sana angin, situ angin brapa banyak angin nak guna?
cubela..pasti anda xkena saman...
atok_haji
Mar 2 2008, 05:51 PM
kepompong™
Mar 2 2008, 05:56 PM
hahhahahaha aku lak bongeknye...topic starter la bongek..die yg ajo..
i_nazihah
Mar 3 2008, 06:22 PM
kepompong™
Mar 4 2008, 12:36 PM
QUOTE (i_nazihah @ Mar 3 2008, 06:22 PM)

haah.
mmg sy bongeks.
ahaks
xkering gusi tol ah bace cite2 lawak korg neh.
beshhh2. 
jgn marah haaa...sbab org2 yg baca pun bongek gak...
atok_haji
Mar 5 2008, 03:17 AM
wat pe la nk mara..
klu sape2 y ngah tnsen..leh bce cite2 ni..
leh sym ckit ktorg..huu
nanayunos
Mar 5 2008, 11:35 AM
=:t a f e e 0:=
Mar 9 2008, 05:18 PM
Two men were on a plane on a business trip when a Muslim couple boarded the plane and were seated right in front of them.
The two men, eager to have some fun, started talking loudly.
"My boss is sending me to Saudi Arabia", the one said, "But I don't want to go... too many Muslims there!"
The Muslim couple noticeably heard and grew uncomfortable.
The other guy laughed, "Oh, yeah, my boss wanted to send me to Pakistan but I refused... WAY too many Muslims!" Smiling, the first man said, "One time I was in Iran but I HATED the fact that there were so many Muslims!"
The couple fidgeted.
The other guy responded, "Oh, yeah... you can't go ANYWHERE to get away from them... the last time I was in FRANCE I ran into a bunch of them too!"
The first guy was laughing hysterically as he added, "That is why
you'll never see me in Indonesia... WAY too many Muslims!"
At this, the Muslim man turned around and responded politely,
"Why don't you go to Hell?", he asked, "I heard there's NO Muslim THERE!"
i_nazihah
Mar 10 2008, 01:29 PM
yeah yeah.
Cara-Cara Nak Handle Hantu...Pocong - Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.
Langsuir - Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah.Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.
Pontianak - Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama.Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
Hantu Raya - Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia.Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang.Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.
Hantu Galah - Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi.Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.
Jerangkung - Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya.
Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbanngi badan untuk berdiri tegak.
Toyol - Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas,lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...
lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu
Hantu Ponteng - Yang ni payah sikit nak cakap sebab,hantu-hantu ni cam korang lerrr takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepas tu nengok e-mail.. macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie.. macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu jadi bawak-bawaklah buat kerja ...
hohohohoho...
i_nazihah
Mar 23 2008, 04:12 PM
Ada tiga orang sahabat baik..
pertama namanya Gaduh,
kedua namanya Gila,
dan ketiga namanya Otak...
satu hari ketiga-tiga sahabat nie berjalan-jalan di bandar
tiba-tiba Gaduh hilang...
lalu rakan nya risau lah sebab mak bapak Gaduh mesti marah kan diorg
lalu Gila mendapat akal dan mencadangkan supaya mereka melaporkan kehilangan Gaduh kepada
polis...
sampai di balai polis otak menunggu Gila diluar
Gila pula masuk ke balai untuk membuat laporan
polis : yer adik ada aper2 masalah?
gila : ada cik! saya datang nie nak cari Gaduh!!
polis : haaa???!!! cari gaduh??? awak nie gila ker????!!!
gila : yer!!! saya memang Gila!!!
polis : awak nie ada otak tak????!!!
gila : Otak ???!!! OH!! Otak ada cik, Dia ada kat luar !!!!
POlis : ?????????!!!!!! (blur)
hazo
Mar 23 2008, 11:37 PM
QUOTE (i_nazihah @ Jan 24 2008, 02:00 AM)

Dialog Dua Hantu
Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.
hohohooooooo......
Dri buku mastika nih^^
☆MR^tUPiE☆
Apr 5 2008, 11:39 AM
Kisah ini berlaku kat Ampang... Kisah benar yang berlaku 2 tahun
lepas(diceritakan oleh kawan baik kepada lelaki yang bernama Amir nama
samaran)...utkdijad ikan teladan bagi kita yg masih hidup.
Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak utawan
di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana
kawan aku ini seorang salesman kereta.
Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya
melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak
perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.
Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit
antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini
dengan seadanya.
Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk
majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa
Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar
kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu
pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.
Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua
meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan
itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.
Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak
megendahkannya.
Malam ke tiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti
ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya.
Dalam ketakutan yang amat sangat, diap un pergi membasuh baju itu dan
macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada...
Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua
menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan
menantinya.. Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa...
Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang
rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan..
Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menguhurkan
benda yang berwarna biru...
Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?"
Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang..
err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat
kedai.....
hehehehhhhehehehh. .....
Jangan marah eden pun terkena juga. ...hehhe
atok_haji
Apr 5 2008, 07:41 PM
PEGANG KUAT-KUAT
Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.
Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.
Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.
Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."
................................................................................
............................................................................
Seorang gadis berusia awal 20an menemui seorang doktor pakar jiwa.
"Doktor, saya rasa teramat marah yg sangat-sangat dgn boyfreind saya hinggakan saya memanggilnya manusia bang_sat. Ada kalanya saya rasa ianya keterlaluan, dan ada kalanya pula saya rasa sememangnya patut saya memanggil dia macamtu.."
"Hmm.. panggilan itu sememangnya satu kejian & hinaan yg agak melampau untuk seseorang.. tapi, mungkin kamu ada sebab tersendiri sehingga memangilnya sedemikian. Ceritakan & luahkanlah kpd saya agar saya dapat
membantu.."
"Ya memang ada.. pd satu malam kami berduaan di tepi pantai dalam kereta. Dia pegang tangan saya."
"Dia pegang tangan kamu macam ni ke?"
"Ya. Macam yg doktor buat nilah caranya"
"Kalau hanya sebab ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bang_sat. Itu tandanya dia tidak mahu berengang dgn kamu..."
"Kemudian dia merapatkan badannya kepada saya dan memeluk bahu saya..."
"Dia buat macam ni ke?"
"Ya. Macam ni lah dia peluk saya doktor.."
"Itu bukan bangsaat, itu tandanya dia mahu sentiasa berdamping dgn kamu."
"Kemudia dia cium saya.."
"Dia cium kamu macam ni ke?"
"Ya. Ciumannya sama seperti yg doktor buat."
"Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil bang_sat.Itu tandanya dia sayangkan kamu."
"Kemudia dia memasukkan tangannya kedalam baju saya & meraba2
b*** d*** saya doktor.."
"Dia buat macam ni ke?"
"Ya.Macam doktor buat inilah cara dia memperlakukannya.."
"Itu bukan bang_sat, itu tandanya dia mahu membelai diri kamu.."
"Kemudian dia menanggalkan kesemua pakaian saya satu persatu.."
"Adakah kamu membantah tindakannya?"
"Tidak. malah saya merelakannya sebab saya sayangkan dia.."
"Dia tanggalkan pakaian kamu macam ni ker?"
"Ya. Sampai saya berbogel sepenuhnya macam sekarang ni doktor..."
"Itu masih belum patut dipanggil bang_sat kerana apa yg dia buat sebab nak mengenali diri kamu sepenuhnya"
"Kemudian dia mencumbui saya lalu mengadakan hubungan sepenuhnya dgn saya..."
.....
...
.
Dia buat macam yg kita buat tadi ker?"
"Ya. Memang itulah yg kami lakukan ketika itu"
"Itu juga masih belum boleh dipanggil bang_sat. Itu tandanya dia memerlukan kamu."
"Kemudian dia memberitahu saya yg dia sebenarnya ada AIDS"
kuang...kuang...kuang... udah kenak!... amo marah heh
"CHESSSS!!!!! MANUSIA BANGSAAAATTTTT!!!!!"
***Kesemua pekerja klinik terkejut dgn jeritan doktor pakar jiwa itu tadi..
................................................................................
............................................................................
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.
Perompak Bas Kilang
Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung . Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..
Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..
Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"
Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."
Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."
Pekerja kilang yang muda berkata..
" hey!!...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."
Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."
atok_haji
Apr 5 2008, 07:53 PM
Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah
melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul
mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..
"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi
seorang doktor", kata pensyarah itu.
"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat",
katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam
mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.
"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka
lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan
menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke
arah mereka dan berkata....
"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam.
Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat
jaritelunjuk.....
SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!
Rajin ke Kubur
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."
" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"
................................................................................
................................................................................
.
.
Soal Jawab 1
Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."
Soal Jawab 2
Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru: Bukan, salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah, tapi cikgu tanya saya macam mana saya
mengejanya, itulah yang saya eja!
Soal Jawab 3
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin cikgu kata H to O!
Soal Jawab 4
Guru: Sin Chan, pergi ke peta dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika
Utara.
Sin Chan: Di sini, cikgu (Sin Chan menunjukkan tepat ke peta dunia yang
tergantung di hadapan kelas!)
Guru: Betul. Sekarang, kelas, beritahu saya siapa yang jumpa Amerika
Utara?
Kelas: Sin Chan, cikgu!
Soal Jawab 5
Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun
dulu.
Sin Chan: Saya, cikgu!
Soal Jawab 6
Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang disebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigit serangga.
Soal Jawab 7
Guru: Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
secara kebetulan?
Sin Chan: Cikgu, ibu dan bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada
masa yang sama dan juga pada waktu yang sama.
Soal Jawab 8
Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni. Satu warna hijau
berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru.
Sin Chan: Ya betul, cikgu, memang nampak aneh. Saya pun hairan kerana
terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah.
Soal Jawab 9
Guru: Sekarang, Sin Chan, beritahu saya dengan jujur. Adakah awak berdoa
sebelum makan?
Sin Chan: Tidak, cikgu. Saya tak perlu buat begitu, kerana saya tahu ibu
saya adalah seorang tukang masak yang bagus.
Soal Jawab 10
Guru: Sin Chan, karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang
dikarang oleh adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak, cikgu, ia hanyalah anjing yang sama!
Soal Jawab 11
Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti-henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang guru, cikgu!