Banner
Google

Supported By

 
 
 
 
 

Passion 125

Passion 125

Official Track

 



Hajat Fahmi Tidak Kesampaian Di Le Mans PDF Print E-mail
Written by C H E E S E C A K E ®   
Monday, 24 May 2010 10:34
fahmi

 

Le Mans - Pelumba negara Zulfahmi Khairuddin terpaksa melupakan impiannya untuk menamatkan perlumbaan di dalam kelompok 20 pelumba teratas selepas mengalami kemalangan kecil di Litar Le Mans, Perancis semalam.
Fahmi yang bermula di petak ke-24 dengan catatan masa 1 minit 47.643 saat pada sesi kelayakkan mengalami kemalangan pada pusingan kelima dan sekaligus menyebabkan beliau ketinggalan agak jauh dengan para pelumba lain.
Semangat tidak berputus asa yang ditunjukkan pelumba Sepang International Circuit (SIC)-AirAsia ini menerima pujian apabila bangkit untuk meneruskan perlumbaan dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-25 daripada 29 pelumba.
Pegawai Eksekutif SIC, Razlan Razali berkata "Aksi Fahmi harus diberikan pujian, malahan sepanjang penyertaannya di dalam kategori 125cc dia berjaya menamatkan ketiga-tiga perlumbaan walaupun kurang pengalaman dan pendedahan.Anak kelahiran Banting ini menyertai kategori 125cc buat pertama kali pada musim ini dan pendedahan dia di dalam dunia perlumbaan hanya di dalam perlumbaan Cub Prix sebelum ini.
"Jika dilihat kepada pengalaman, Fahmi sebenarnya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan litar dan saya yakin Fahmi mampu mencapai sasaran untuk menamatkan perlumbaan di kelompok 20 keseluruhan pelumba.
Masalah teknikal dan persiapan jentera Aprillia yang digunakan Fahmi semasa sesi latihan juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada teknik tunggangan sewaktu perlumbaan sebenar semalam.
Fahmi dijadualkan akan meneruskan saingan kejuaraan dunia di Litar Mugello, Itali pada 6 Jun nanti.

 


Last Updated on Monday, 24 May 2010 10:41
 







© 2008 Autoshift.net