Banner
Google

Main Menu

Supported By

modenas    nazabikes    naza    ducati    gilera    
 


Konvoi Modenas Meriah PDF Print E-mail
Written by speedfight   
Thursday, 17 June 2010 23:08

modenas fb 

Sempena siri perlumbaan Pusinga 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung  di Litar Antarabangsa Sepang, syarikat pengeluar Motorsikal dan Enjin Nasional (MODENAS) telah mengadakan konvoi ke Litar Sepang sebagai sokongan kepada Pasukan Modenas yang menyertai kejuaaraan Cub Prix.

Sejak pukul 8.00 pagi,kesemua jentera keluaran Modenas berkumpul di Putrajaya.Konvoi ini disertai oleh komuniti online Modenas dari Fan Page Modenas, Modenas GT128,Modenas CT,Modenas Elegan dan tidak ketinggalan keluaran pertama Modenas,iaitu Modenas Kriss.

konboi

Konvoi seramai 246 orang ini turut diringi oleh unit polis trafik untuk memastikan kelancaran konvoi.Ternyata aktiviti sihat ini wajar dipuji sebagai tanda terima kasih daripada Modenas kepada pelanggan setia Modenas seperti En Ahmad Zulkernain Omar yang merupakan peguna Modenas sejak kelahiran Kriss dan masih menggunakannya disamping Modenas Elit dan Modenas Elegan.

modenas 

Beliau ternyata berbangga dengan produk Modenas yang disifatkan beliau sebagai produk “Value Buy”.Bayangkan Modenas Kriss beliau masih lagi lasak beraksi dalam segala bentuk ujian disamping kos penyelegaraan yang murah.Kini beliau yang lebih cenderung kepada aliran scooter dan menggunakan Elegan sebagai jentera harian menyifatkan Elegan adalah scooter terbaik keluaran Modenas.

Bagi rakan – rakan virtual komuniti Modenas yang lain,menyifatkan aktiviti ini sebagai peluang terbaik untuk pengguna Modenas beramah mesra dan berkenalan antara satu sama lain baik sesama ahli komuniti mahupun dengan pihak pengurusan Modenas.Ternyata sejak kelahiran Model Generasi Terkini Modenas,Modenas GT 128,Modenas terus agresif melahirkan jentera-jentera berpotensi tinggi di pasaran hasil produk dari air tangan anak tempatan.Aktiviti-aktiviti amal dan konvoi ini merupakan sesuatu yang wajar diteruskan dan patut dicemburui pengeluar – pengeluar lain.Tahniah Modenas !!

 Jom sertai www.gt128riders.com & www.ctbikerz.com 

Gambar oleh : Adam Modenas 

Last Updated on Thursday, 17 June 2010 23:15
 







© 2008 Autoshift.net