Banner
Google

Main Menu

Supported By

modenas    nazabikes    naza    ducati    gilera    
 


Naza Bikers Dream Club PDF Print E-mail
Written by AsimO   
Tuesday, 29 June 2010 02:16

 

PETALING JAYA, Sabtu – Naza Bikers Dream Club telah diaktifkan semula di Karnival Naza Bikes hari ini. 

Kumpulan NAZA turut memperkenalkan model yang bakal menjengah pasaran Malaysia sedikit masa lagi.Tambahan kepada majlis gilang gemilang ini,ia menawarkan promosi yang cukup istimewa kepada rakan “Bikerz” dengan menawarkan potongan harga cenderahati,aksesori,pada harga harga yang sangat kompetitif.

Karnival ini menyaksikan kehadiran secara langsung pemilik motorsikal berkuasa tinggi dan kecil dari seluruh Malaysia.Sesuatu yang agak mengistimewakan apabila acara ini tidak melibatkan promosi secara besar-besaran,ia hanya mengunakan jemputan secara maya melalui rangkaian social seperti Facebook dan jaringan komuniti maya rakan “Bikerz” .Semangat ukwah dan persahabatan ini sesuatu yang menarik perhatian Dato Hj SM Zulkifli SM Amin selaku penaung Kelab NBCD.

 

 

Pengajuran utama karnival ini sebenarnya adalah untuk majlis pelancaran semula NBDC Malaysia yang mana NBDC yang ditubuhkan pada asalnya pada April 2004.Kelab ini telah melalui pengstukturan semula dengan  keahlian berjumlah 220 dari kalangan pelanggan NAZA semasa ia ditubuhkan.Ia diketuai oleh President Mohd Nadzuar Nasir. 

 

 

Sebagai tanggungjawab sosial ,kelab telah menerima suntikan dana oleh NAZA Group of companies,dibawah NAZA Bikers Dream Sdn Bhd.Kebanyakan ahli kelab adalah merupakan pelanggan NAZA.

Pelbagai aktiviti menarik sedang dalam perancangan yang pasti akan membuatkan ahli-ahli teruja dengan aktiviti kelab.Aktiviti seperti Charity Ride ke Baling,Konvoi ke Cameron Highland ,dan track day ke litar Sepang telah berjalan dengan jayanya pada bulan lepas.

 

* Model yang akan dipasarkan dibawah jenama Naza Bikes 

NAZA Group of Companies Joint Group Executive Chairman Dato’ Hj SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin menyifatkan sokongan Kumpulan NAZA terhadap kelab adalah sebagai salah satu cara untuk mendapatkan maklum balas secara terus dari pelanggan,dan seterusnya menaikan tahap prestasi perkhidmatan.

Maklum balas ini secara terus dapat mengemaskini produk,dengan itu menyediakan khidmat Terbaik dari Produk,Servis dan kepuasan kepada pelanggan.

Kesemua pelanggan NAZA Bikers Dream Sdn Bhd adalah layak untuk menjadi ahli NBDC Malaysia.Bagaimanapun mereka perlu terlebih dahulu mendaftarkan diri sebagai ahli sebanyak RM30 dan yuran tahunan sebanyak RM10.Ahli akan menerima starter kit mengandungi kad keahlian,2 NBCD sticker dan Badge.

Last Updated on Friday, 17 September 2010 23:22
 







© 2008 Autoshift.net