Banner
Google

Main Menu

Supported By

modenas    nazabikes    naza    ducati    gilera    
 


Modenas Elegan 200 PDF Print E-mail
Written by speedfight   
Thursday, 05 August 2010 20:15
elegan 200

modenas
 
 ELEGAN 200 – SERLAHKAN KESEMPURNAAN DIRIMU

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2010 (Khamis) : Selepas enam tahun kemunculan motosikal skuter ‘cruiser’ yang pertama Elegan berkapasiti 150cc pada tahun 2004, Syarikat Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), hari ini memperkenalkan satu lagi variasi model  Elegan iaitu MODENAS Elegan 200. 

 elegan3 

Dengan rekabentuk yang elegan dan bergaya, ianya sesuai untuk golongan eksekutif yang inginkan gaya yang sportif tetapi kemas untuk ditunggang ke pejabat mengatasi kesesakan jalanraya mahupun untuk bersantai bersama rakan atau pasangan masing-masing.

elegan 

Model yang tampil untuk menyerlahkan kesempurnaan pemiliknya ini dilengkapi enjin empat lejang berkuasa 175cc dengan sistem penyejukan cecair serta silinder bersadur seramik Ni-Si untuk prestasi yang lebih tinggi. Terdapat juga injap pengawalan kemasukan udara (Air Intake Cut Valve – AICU) bagi mengawal pengeluaran asap.  Selain dari itu model ini juga memiliki lampu utama dwi fungsi untuk nyalaan tinggi atau rendah, meter digital enam dalam satu untuk memberi petunjuk tahap minyak, RPM, penunjuk tahap kepanasan, jarak perjalanan, jam serta hadlaju.

elegan 

Sama seperti MODENAS Elegan yang terdahulu, model ini juga mempunyai ruang penyimpanan yang luas dibawah tempat duduk disertai dengan kunci keselamatan tambahan, penutup tangki minyak automatik untuk kemudahan penunggang serta pemijak kaki belakang automatik untuk keselesaan penumpang. Selain itu ia juga dilengkapi sistem suspensi hentak teleskopik untuk tunggangan yang lebih selesa dan brek cakera hadapan dan belakang untuk kuasa pemberhentian yang lebih efisien serta dikemaskan dengan rekabentuk ekzos yang lebih bergaya bagi mempertingkatkan lagi keterampilannya sebagai sebuah motosikal yang sportif.

elegan 

“Dengan pengenalan satu lagi variasi  Elegan  iaitu  MODENAS Elegan 200 ini, kami yakin MODENAS akan dapat memperbaiki penguasaan pasaran ke tahap 13 % dengan sokongan yang berterusan daripada wakil-wakil pengedar MODENAS.” ujar Encik Bastamam Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.

Didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu Merah, Putih dan Hitam serta grafik yang menarik, model ini mampu menepati citarasa pengguna antara usia 25 hingga 40 tahun yang mahukan ketrampilan ‘sporty’, selesa dan bergaya.

Elegan 200 – Kesempurnaan Dirimu

 

 

 

 

 
Last Updated on Monday, 13 September 2010 18:17
 







© 2008 Autoshift.net