Banner
Google

Supported By

 
 
 
 
 

Passion 125

Passion 125

Official Track

 



REVIEW : Modenas CT 110 PDF Print E-mail
Written by Rallychamp   
Sunday, 17 January 2010 07:52

 

Yuzy

 

Pihak Modenas telah berbesar hati mengundang Autoshift.net untuk sesi tunggang uji Modenas Ct110 bersama-sama pasukan Modenas Yuzy Pachi di litar MIMC Air Keroh Melaka.Sesi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pihak media tentang keluaran motorsikal terbaru Modenas itu yang diasaskan dari “workhorse” Modenas iaitu model Kriss110 yang telah berusia lebih sedekad.

 

farid

 

Dari apa yang dapat saya perhatikan terdapat banya perbezaan besar yang dilakukan terhadap model baru ini walaupun pada asasnya enjin dari Kawasaki sesaran 110cm padu tidak berubah,tetapi sistem nyalaan pencucuh “CDI” elektronik yang diberi suntikan nafas baru DC-Cdi menggantikan sistem AC-Cdi dimana ianya dapat memberikan pencucuhan yang lebih stabil seterusnya mengurangkan risiko “missfirering” untuk mengekalkan kuasa serta mengurangkan penggunaan petrol.

yuzy


Selain itu juga karburator keihin pe18mm juga telah ditala semula untuk memberikan lebih penjimatan minyak dan memberikan tindak balas yang lebih pantas sesuai dengan sistem pencucuhan yang baru.

gear aerodecco


Bahagian enjin pula menerima sedikit perubahan dimana enjin CT110 telah dilengkapi dengan sistem “de-compression” dimana ianya membantu mengurangkan daya beban untuk menghidupkan enjin menggunakan kaki. Di sini kita dapat melihat bahawa motorsikal ini sesuai untuk golongan wanita mahupun golongan tua untuk kegunaan seharian.Ia nyatakan pilihan 

decomp signal


Walaubagaimanapun ini tidak bermaksud CT110 tidak sesuai untuk digunakan oleh penunggang-penunggang yang berjiwa muda di bandar, ini kerana Modenas CT110 ini telah membawa revolusi chasis yang dibangunkan sendiri oleh Modenas dimana perubahan sudut caster dibahagian hadapan serta jarak roda yang lebih pendek menjadikan motor ini cukup lincah untuk ditunggang dengan bersahaja mahupun aggresif di celah kesibukan kota. Ditambah pula dengan talaan karburator yang baru memberikan kuasa walaupun pada rpm enjin yang rendah seterusnya dapat mengurangkan kekerapan menukar gear sewaktu melalui jalan yang sesak dan banyak persimpangan.

 

meterrear

Berlandaskan enjin 110cc, berpaksikan teknologi Kawasaki, yang memang telah terbukti keupayaannya, model yang terhasil kali ini dilengkapi dengan  Brek Cakera Hadapan dwi-piston untuk kuasa membrek yang lebih sempurna, Transmisi empat kelajuan dengan Sistem Gear Berputar ( Rotary Gear System ), Rekabentuk lampu hadapan yang lebih menarik dan sporti dengan nyalaan yang terang dan lebar. Tangki minyak yang berukuran 5.3 liter merupakan saiz yang terbesar dalam kelas moped, mampu mencatat perjalanan sehingga 250km. Sistem De-comp, pada model ini juga akan memudahkan ‘kick-start’ terutamanya bagi golongan wanita dan veteran. Ianya juga menampilkan empat corak warna menarik iaitu merah iris, emas suria, perak sfera dan putih nova serta grafik yang mampu menarik minat para penunggang motosikal. Kami percaya model ini mampu menepati citarasa golongan pengguna di antara 18 hingga 25 tahun yang mahukan ketrampilan ”sporty” dan  berani dengan harga yang mampu dimiliki. Model ini juga mampu menarik minat pengguna-pengguna di bandaraya kerana rekabentuknya yang aerodinamik dan bergaya serta mudah dikendalikan semasa tunggangan di atas jalanraya yang sesak.  

 Red

Dengan rekabentuk yang sangat segar dan lebih sporty,kelebihan lampu panduan,memberikan gaya baru kepada model CT110 ini tidak syak lagi ianya sebuah motorsikal yang cukup berbeza dan lebih mantap berbanding model lama Kriss110. Ini terbukti sewaktu penunggangan didalam litar dimana saya mampu menunggang sehingga mencapai kelajuan 125km/h dalam laluan lurus yang pendek (300meter) didalam trek MIMC tersebut. Enjin yang mempunyai daya kilasan yang tinggi memudahkan tugas saya sewaktu keluar dari selekoh pertama selepas laluan lurus tersebut , dengan hanya menggunakan gear 3 sahaja.Ini nyata berbeza jika menggunakan motorsikal lain di selekoh tersebut saya terpaksa menggunakan gear 2 untuk memecut semula. Rekabentuk litar yang mempunyai kombinasi selekoh tajam dan selekoh besar semuanya dapat ditangani dengan mudah tanpa sebarang tanda ketidakstabilan disamping cukup lincah untuk memotong beberapa penunggang-penunggang yang lain. Tanpa sebarang syak lagi jentera CT110 yang bakal digunakan dalam perlumbaan Cubprix pada 2010 mampu memberikan kelebihan dan saingan kepeda jentera-jentera yang lain.Kami menyimpulkan bahawa kelahiran semula model 110 dari Modenas ini merupakan keahiran yang sangat dinantikan natikan oleh pengemar jentera dua roda tanah air.Selepas tamat sesi pandu uji, kami begitu rasa agak berat sekali untuk meninggalkan jentera CT110 ini , ternyata CT110 meninggalkan impact terhadap jiwa penunggang kami selepas ini nyata CT110 CT KU , DUNIAKU 

 silver


 


 

Last Updated on Saturday, 13 February 2010 14:04
 







© 2008 Autoshift.net