Majlis Kacau Dodol Naza Bikes Print
Written by speedfight   
Monday, 13 September 2010 21:38

dodol

Sempena menyambut kedatangan bulan Syawal pihak pengurusan Naza Bikes telah menganjurkan Majlis Kacau dodol di perkarangan kilang NAZA Bikes Shah Alam .Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran kelab-kelab motorsikal keluaran Naza Bikes seperti Line Of Scooter Tribe (L.O.S.T) ,Kelab GTR Bikers, Bladers, Bikers 69J dan kakitangan Naza Bikes sendiri.

dodoldodol3

Turut memeriahkan suasana dengan kedatangan istimewa Dato SM Faissal yang turut turun padang dan mengambil kesempatan untuk turut serta mengacau dodol.Para jemputan mengambil kesempatan beramah mesra bersama dengan Beliau dan kakitangan Naza Bikes yang laib.Suasana turut dimeriahkan dengan percikan bunga api dan dendangan lagu raya seterusnya mengamatkan majlis ini.

Wakil kelab L.O.S.T En Lycos,turut mengalu-alukan majlis seumpana ini dan menyifatkan ia peluang terbaik untuk beramah mesra bersama team Naza Bikes.Tambahan beliau lagi,majlis kacau ini dodol mengajar mereka sifat bergotong-royong,bersabar dan mampu memupuk kerjasama yang mana boleh diterapkan didalam sesebuah kelab.Ujar beliau lagi,beliau berharap agar majlis seumpana ini dapat diteruskan dan menjadi acara tahunan.  

dodol 

Sebanyak empat kawah disediakan pada malam tersebut,dan sebanyak 140Kg dodol telah diagihkan kepada kakitangan Naza Bikes.Tahniah kepada semua. 

Gambar Oleh : 

Mohd Naziff Abd Majid

 

 

Last Updated on Sunday, 19 September 2010 14:50